 |
| Button flower paper clips bookmarks |
Nampak simple saja penanda buku ni kan, tapi sebenarnya hendak membuatnya sangat-sangatlah leceh. Menyiapkan satu penanda buku seperti ini sahaja memerlukan kira-kira 7 - 8 minit termasuklah masa menjahit butang. Idea ni sebenarnya saya dapat daripada sebuah blog yang saya terlupa pula apa namanya.
 |
| Pelbagai warna |
Projek ni saya buat sejak 20 April lepas lagi, ingat mau buat ready stock sampai 50 keping tapi setakat ini baru 30+ yang siap. Saya gunakan
six petal button flower bersama dengan paper clips saiz 78mm. Hasilnya comel juga
♥‿♥
 |
| Simpan dalam bungkusan plastik supaya nampak lebih menarik ♥‿♥ |