WIP: Cenderahati Perkahwinan Pam & Jem (3#)


Siap untuk dipos!
Perasaan lega yang teramat sangat apabila kerja-kerja mengisi tisu, membungkus dan meletakkan tag pada cenderahati perkahwinan Pam & Jem selesai pada Isnin lepas.  Keesokan harinya (Selasa) telah diposkan kepada empunya badan .

Dibungkus dengan rapi
Hari ini (Rabu) bolehlah saya mula untuk memikir-mikirkan projek krusye untuk tahun 2013 ini.  Sehingga berjumpa di lain entri dan salam kait-mengait daripada saya ♥‿♥

WIP: Cenderahati Perkahwinan Pam & Jem (2#)

Masih berada di bulan Januari, jadi belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 semua!  Sibuk sangat dengan pelbagai komitmen yang tidak berkaitan dengan aktiviti kait-mengait dan baru hari ini berkesempatan meng'update blog.

Tempahan door gift
Aktiviti krusye terkini untuk tahun 2013?  Setakat ini belum ada lagi.  Hari ni cuma busy membungkus wedding door gifts tempahan Pam & Jem untuk hari perkahwinan mereka pada 9 Februari akan datang. 

Pakej termasuk tag dan pembungkusan
Kerja-kerja mengait sebenarnya sudah lama siap tapi baru hari ini ada lapang sedikit untuk kerja-kerja mengisi tisu dan membungkus.  Rabu ini akan diposkan dan semoga pasangan ini gembira dengan hasil kerja tangan saya ♥‿♥

WIP: Cenderahati Perkahwinan Pam & Jem (1#)

Ini merupakan tempahan mega yang saya terima daripada kazen saya Pam yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada Februari 2013 dengan pasangannya Jem.  Thank you so much to both of them sebab sudi menempah wedding keepsake daripada saya.

Facial tissue holder
 Mereka berdua mengambil keputusan membuat tempahan selepas melihat hasil kraftangan krusye saya yang kiut miut di FB ... cewah.  Inginkan kelainan pada hari perkahwinan mereka, jadi saya suggest facial tissue holder sebagai cenderahati perkahwinan kepada para tetamu mereka nanti.

Warna tema, putih, pink & purple ... sweet ♥‿♥
Bukan setakat facial tissue holder ni saja tau, saya juga bagi pakej istimewa berserta dengan tisu, packaging dan tag ucapan.  Mereka order 110, setakat ni baru siap kira-kira 1/3 iaitu lebih kurang dalam 40 keping.  Stok tiga warna benang ni di kedai yang selalu saya pegi tu habis la pula, so karang ni kenalah order secara online.  Order online kira sama juga, kos minyak bertukar kepada kos pos laju.  Ok la, sehingga berjumpa di lain entry ♥‿♥
 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket