1# Granny Square Bumper Pads

Granny square bumper pads yang berjaya menceriakan suasana bilik
Usia Skyler sudah hampir lima bulan lebih dan dengan keupayaannya bergolek-golek membuatkan saya memikirkan perlu untuk memasang bumper pads pada katilnya.  Mula-mula mau beli saja ... tapi bila tengok harga ... opppssss ... tidak mampu pula.

Himpunan kutu GS yang diterima
Menjahit malas juga ... akhirnya terfikir pula mau transformkan kepingan-kepingan projek kutu granny square dua tahun lepas menjadi bumper pads.  Asalnya, semua granny square ni saya ingin jadikan bed spread tapi niat tersebut selalu tertangguh ... tapi bila tiba part untuk anak ... wow memang semangat habis-habisan hehehe.  Kepingan-kepingan tersebut saya cantumkan menggunakan benang nona warna merah hati.

Span nipis bersaiz 40" x 60"
Bahagian dalam pula, saya sumbat sahaja span nipis yang saya lipat menjadi tebal.  Terfikir juga mau sumbat kapas polyester tetapi tidak sesuai sebab stitch granny square yang digunakan tidak rapat bimbang bulu-bulu kapas terkeluar bila dibasuh kelak.  

Bah, setakat ini sajalah entri untuk kali ini.  Semoga entri ini memberi inspirasi kepada ibu-ibu yang minat mengait di luar sana.

1# Projek Kutu GS

Selamat hari Rabu!  apa projek terkini benang & jarum anda?  Saya sekarang ni sibuk sedikit menyiapkan tempahan fat bottom bag.  Dalam sibuk-sibuk pun sempat juga saya join group main Kutu GS di Facebook.  Mula-mula tidak faham juga apa maksud kutu gs ... rupa-rupanya main kutu granny square.  Konsepnya sama seperti main kutu dengan duit.

Projek kutu Granny Square
Bezanya, kutu gs ni tidak melibatkan sebarang transaksi kewangan tetapi menggunakan kepingan-kepingan granny square sebagai transaksi.  Setakat ini terdapat sepuluh orang dalam kumpulan yang saya sertai, setiap seorang perlu menyumbangkan 35 keping granny square mengikut pattern yang diberi kepada penerima.  Saya merupakan penerima granny square ke-lapan.

Saiz:  3.5 inci x 3.5 inci

Projek ni baru bermula beberapa hari lepas dan setiap kami perlu mengeposkan 35 keping granny square kepada penerima setiap 19 haribulan pada setiap bulan sehingga habis giliran.  Seronok juga menyertai permainan seperti ini, sekurang-kurangnya dapat memotivasikan diri.  Ok lah ... setakat ini sahaja.  Bertemu di lain entri untuk cerita-cerita krusye yang lain.
 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket