1# Granny Square Bumper Pads

Granny square bumper pads yang berjaya menceriakan suasana bilik
Usia Skyler sudah hampir lima bulan lebih dan dengan keupayaannya bergolek-golek membuatkan saya memikirkan perlu untuk memasang bumper pads pada katilnya.  Mula-mula mau beli saja ... tapi bila tengok harga ... opppssss ... tidak mampu pula.

Himpunan kutu GS yang diterima
Menjahit malas juga ... akhirnya terfikir pula mau transformkan kepingan-kepingan projek kutu granny square dua tahun lepas menjadi bumper pads.  Asalnya, semua granny square ni saya ingin jadikan bed spread tapi niat tersebut selalu tertangguh ... tapi bila tiba part untuk anak ... wow memang semangat habis-habisan hehehe.  Kepingan-kepingan tersebut saya cantumkan menggunakan benang nona warna merah hati.

Span nipis bersaiz 40" x 60"
Bahagian dalam pula, saya sumbat sahaja span nipis yang saya lipat menjadi tebal.  Terfikir juga mau sumbat kapas polyester tetapi tidak sesuai sebab stitch granny square yang digunakan tidak rapat bimbang bulu-bulu kapas terkeluar bila dibasuh kelak.  

Bah, setakat ini sajalah entri untuk kali ini.  Semoga entri ini memberi inspirasi kepada ibu-ibu yang minat mengait di luar sana.

1# Projek Kutu GS

Selamat hari Rabu!  apa projek terkini benang & jarum anda?  Saya sekarang ni sibuk sedikit menyiapkan tempahan fat bottom bag.  Dalam sibuk-sibuk pun sempat juga saya join group main Kutu GS di Facebook.  Mula-mula tidak faham juga apa maksud kutu gs ... rupa-rupanya main kutu granny square.  Konsepnya sama seperti main kutu dengan duit.

Projek kutu Granny Square
Bezanya, kutu gs ni tidak melibatkan sebarang transaksi kewangan tetapi menggunakan kepingan-kepingan granny square sebagai transaksi.  Setakat ini terdapat sepuluh orang dalam kumpulan yang saya sertai, setiap seorang perlu menyumbangkan 35 keping granny square mengikut pattern yang diberi kepada penerima.  Saya merupakan penerima granny square ke-lapan.

Saiz:  3.5 inci x 3.5 inci

Projek ni baru bermula beberapa hari lepas dan setiap kami perlu mengeposkan 35 keping granny square kepada penerima setiap 19 haribulan pada setiap bulan sehingga habis giliran.  Seronok juga menyertai permainan seperti ini, sekurang-kurangnya dapat memotivasikan diri.  Ok lah ... setakat ini sahaja.  Bertemu di lain entri untuk cerita-cerita krusye yang lain.

1# Granny Square Purse

Projek krusye menggunakan salah satu 'granny squares' yang saya kait pagi tadi telah di 'transform' menjadi sebuah purse seperti gambar di bawah.  Kerja-kerja menjahit zip kali ini lebih mudah dengan merujuk pada Zippered Linining Tutorial berbanding pengalaman pertama menjahit zip pada projek wristlet purse sebelum ini. 

Saiz:  9.5cm (tinggi) x 18cm (lebar)

Lapisan dalam menggunakan kain felt

Boleh muat untuk menyimpan handphone, duit, pen, dll

Granny Squares

Mix & match
Sesi mix & match warna yang baharu siap sebentar tadi.  Wah macam makan krusye, tidur krusye, mandi krusye ... pula sejak akhir-akhir ini.  Biasalah suri rumah dan masih belum ada rezeki timang baby lagi ni, jadi banyak masa terluang selain menghabiskan masa melayari internet.  Sekarang ni sedang fikir-fikir projek krusye seterusnya menggunakan 'granny square'.  Rasanya mau buat 'granny square purse'.  Tunggu & lihat saja nanti hasilnya ... mungkin dapat siap dalam hari ni juga.  Cewah ... semangat betul :)

2# Granny Square Bag

Granny square
Ini projek granny square saya yang baru siap beberapa hari lepas, tapi lambat update dalam blog gara-gara line internet slow tahap gaban.  Sebanyak 37 keping diperlukan untuk menghasilkan beg granny square seperti di bawah.  Seronok juga mengait granny square ni, tapi yang paling leceh ialah ketika hendak mencantum-cantumkannya.

Granny Square Bag - Saiz 33cm (Tinggi) x 30cm (Lebar)

1# Granny Square Bag

Kepingan granny square
Projek granny square bag saya yang pertama terus terbengkalai gara-gara benang masih tidak mencukupi.  Sementara menanti kelapangan untuk membeli stok baru, saya menggunakan stok benang-benang yang ada untuk membuat granny square lain.

Hasil cantuman
Gambar di atas merupakan hasil cantuman kepingan granny square dan sebanyak 30 keping diperlukan untuk menghasilkan sebuah beg seperti gambar di bawah.  Benang yang saya gunakan ialah benang Nona berharga RM2.50 segulung dan menggunakan jarum bersaiz 5/0.

Granny Square Bag - Saiz 29cm (T) x 30cm (L)

Projek mengait 'granny square'

Asyik update blog dengan koleksi pattern krusye, kali ini saya update blog dengan cerita projek krusye terbaharu saya iaitu mengait 'Granny Square'.  Petang tadi saya menghabiskan lebih RM30 untuk membeli benang Acrylic bersaiz 2.5SMM.  Tidak sangka pula harga benang kait sekarang semakin mahal.

Harga segulung RM2.80
Jarum yang saya gunakan sahaja sudah berharga RM7.90, mahal betul tapi memandangkan benang yang saya beli bersaiz besar jadi terpaksa juga membeli jarum kait baharu.  Jarum kait ini mempunyai dua mata kait bersaiz 5/0 dan 6/0.

Harga jarum kait RM7.90
Saya sengaja beli 'rug yarn' supaya motif 'granny square' yang dihasilkan besar, tapi tidak sangka pula agak sukar juga untuk mengait benang yang bersaiz besar.  Sakit juga jari-jemari, lagi pula ini kali pertama saya mengait menggunakan benang dan jarum kait bersaiz besar.  Tapi hasilnya agak memuaskan kerana satu keping sahaja bersaiz kira-kira 8.5 sentimeter.

Granny Square bersaiz kira-kira 8.5 cm
Saya sebenarnya kurang gemar mengait 'granny square' kerana motif jenis ini memerlukan penggabungan beberapa warna  dan saya kurang mahir dalam soal-soal menggabungkan warna.  Ini 'granny square' pertama yang berjaya saya siapkan.  Saya bercadang untuk membuat 'sesuatu' daripada cantuman-cantuman 'granny square' ini nanti.  Tunggu hasilnya nanti pada post akan datang.
 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket