1MM Waxed Cotton Thread / Cord Untuk DiJual


Orange:  SOLD OUT

Light Blue:  SOLD OUT

Red:  SOLD OUT

Indigo/Purple:  SOLD OUT

Brown: SOLD OUT

Avocado Green: SOLD OUT

Harga:  RM15.00 / Small bundle (Tidak termasuk kos penghantaran)

Saiz:  Diameter 1mm
Panjang:  Kira-kira 86 meter / satu bundle kecil
 Needle Size:  3mm / 4mm / 5mm

**Untuk projek kraftangan krusye, waxed cotton cord ini sesuai untuk coaster, table mat, bag, purse.  Ia juga sesuai untuk kraftangan manik.

Email:  home.niaga@yahoo.com

Tali Cotton Out Of Stock

Saya baharu sahaja balik dari misi mencari tali cotton yang marinahunny dan fiszah minta tolong belikan, tapi sayangnya semua tali cotton sudah habis dibeli oleh orang lain.  Sempat lagi saya tanya dengan taukeh tu siapa yang beli? lelaki atau perempuan? (hehehe .... kalau perempuan gerenti dia pun mengait beg) tapi taukeh tu cakap orang lelaki.  Nampaknya cuma kak zila saja la yang berpeluang mengait beg tali cotton. 
 
Sempat juga saya meronda-ronda beberapa buah kedai alat memancing dan hardware dari India Street hinggalah ke Padungan semata-mata mencari kedai yang ada menjual tali yang sama tapi semuanya tiada, malah ada yang tidak pernah tengok tali tu.  Macam betul pula apa yang taukeh tu cakap, tali jenis ni memang tidak dikeluarkan lagi.

Tadi saya google-google ada juga terjumpa pengeluar tali cotton ni di http://www.alibaba.com/ tapi semuanya di China.  Satu lagi saya jumpa dijual di e-bay dan terdapat pelbagai warna cuma harga agak mahal.  Saiz tali cotton yang dijual ialah 1mm dan harga RM3.40 untuk 5 meter. Sementara, tali cotton yang saya beli tu saiz 2mm dan panjang satu gulung kira-kira 75 meter dengan berat kira-kira 100 gram.  Satu beg saya gunakan 4 gulung tali cotton bersamaan kira-kira 300 meter. 
 

Idea Mewarnakan Tali Cotton

Semalam, sementara menanti customer online dari mudah.my yang ingin membeli sepasang single strap baby booties deep pink/ivory saiz 4 inci, saya singgah di kedai biasa tempat saya selalu membeli benang.  Kali ini saya membeli pewarna fabrik.

Serbuk pewarna fabrik
Sebenarnya saya bercadang untuk mewarnakan tali cotton, mungkin lebih cantik dijadikan beg jika tali tu diwarnakan.  Mula-mula cari warna brown tapi tiada jadi cuba warna coffee saja la.  Harga pewarna fabrik dalam bekas besar sedikit dari duit syiling 50 sen ni RM6.90 ... huh! mahal juga.

Proses mewarnakan tali
Kerja-kerja mewarna tali cotton ni tidaklah sesukar mana.  Saya ikut saja instruction yang diberikan tapi tidaklah 100%.  Untuk membancuh pewarna fabrik ni memerlukan air yang telah dididihkan.  Mula-mula saya masukan serbuk pewarna ke dalam baldi berisi 1/4 baldi air mendidih.  Masukkan juga 1 sudu makan garam.  Gaul sehingga rata ... cewah ... macam sesi masak-masak pula ni ♥‿♥

Warna agak gelap ketika masih basah
Kemudian saya masukan tali cotton yang sudah saya rendam dan bleech semalaman ke dalam baldi berisi pewarna fabrik.  Tujuan rendaman menggunakan peluntur ni untuk menghilangkan lilin, warna asal dan kotoran supaya pewarna fabrik dapat menyerap dengan lebih sekata.  Gaulkan adunan tali cotton sehingga warna menyerap sepenuhnya.  Proses ni saya buat selama kira-kira hampir setengah jam juga la.

Warna selepas kering
Lepas tu bilas tali menggunakan teknik mencelur mee ataupun sayur hehehe ... jangan diperah.  Bilas sehingga air kelihatan bersih daripada kotoran pewarna fabrik.  Lepas tu dijemur di tempat redup dan pastikan jangan diperah.  Malangnya, petang semalam hujan lebat la pula ... jadi hari ni proses menjemur disambung semula.  Warna tali cotton yang kering (belum kering sangat) seperti gambar di atas.  Huh ... tidak sabar mulakan projek beg baharu ♥‿♥

Sesi Cuci-Cuci & Jemur-Jemur Beg Krusye

Beg tali cotton pertama untuk diri sendiri ♥‿♥
Tali cotton yang tidak sama warna pada beg tali cotton pertama hari tu saya sudah tukarkan dengan tali yang sama warna.  Ini pula sesi penjemuran kedua selepas sesi cucian pertama menunjukkan bahawa memang tali tersebut tidak sama warna.  Wah ... nampak putih bersih di bawah sinaran matahari! tapi warna sebenarnya adalah kekuning-kuningan cuma pencahayaan terlalu kuat membuatkan warnanya kelihatan seperti putih.

Cuci tali untuk projek beg tali seterusnya
Macam yang saya cerita sebelum ni, warna tali-tali ni nampak kotor, jadi saya pun dapat idea untuk merendam terlebih dahulu tali-tali cotton ni semalaman sebelum digunakan untuk projek seterusnya.   Dan hasilnya nyata ada kekotoran yang melekat ♥‿♥

Lebih bersih dan lembut selepas cucian
Selepas cucian, tali cotton ni kelihatan lebih bersih dan lembut.  Proses pengeringan pun lebih cepat berbanding selepas menjadi beg.  Sekarang ni dalam proses mengait beg tali cotton kedua untuk dijual di page FB Walai Krusye kononnya ... cewah ... semangat betul ♥‿♥

Perbezaan selepas rendaman & cucian

Borong Tali Cotton Untuk Krusye

♥‿♥ Demi projek beg tali cotton saya yang siap tapi warna tali tidak sama, petang tadi saya sanggup driving jauh-jauh turun ke India Street, Kuching semata-mata untuk membeli tali cotton yang mempunyai warna sama dengan tali sebelum ini.

Warna sedikit berbeza
Taukeh tu inform tali ni jenis waxed cotton cord yang digunakan membuat jala tapi sudah bertahun-tahun lamanya tidak laku dijual berikutan permintaan lebih kepada tali nylon.  Taukeh tu cakap lagi, sekarang ni tali jenis ni sukar dicari (memang betul, sudah pusing satu Kuching cari tali ni di kedai peralatan memancing dan hardware tapi tidak jumpa).

Close up pix
Dia cakap lagi, ini tali sudah tidak dibuat lagi (ntah betul ke tidak) ... apa lagi saya terus borong sampai 10.  Satu ikat berharga RM4.40 dan tengok baki tinggal 10 lagi, kalau ada duit lebih memang beli habis hehehe ... Warna tali ni memang nampak warna kotor masa masih dalam ikatan, tapi bila sudah dikait menjadi beg ianya bertukar menjadi warna yang cantik pula.

Untuk meleraikannya dari ikatan pun satu kerja remeh.  Tali perlu direntang jadi lebih mudah dilerai dan tidak akan kusut.  Mula-mula tu memang tali kusut masai gara-gara tidak dilerai terlebih dahulu. 

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket