Walai Krusye @ #TweetMarket #TwtUpKCH 2012

Hello,  kepada semua rakan crocheter dan penggemar kraftangan krusye yang berada di Kuching,Sarawak, luangkan masa anda berkunjung ke booth Walai Krusye di #TwtUpKCH pada 8 Disember (Sabtu) akan datang bermula sekitar jam 1.00pm - 9.30pm di Old Court House, Kuching. 

Saya juga akan mengadakan demo mengait booties untuk mereka-mereka yg berminat.  Jadi pastikan anda tidak terlupa bawa crochet hook sendiri yer atau boleh beli daripada booth Walai Krusye ... benang pun boleh beli daripada saya hehehehe ♥‿♥ bawa sendiri pun no problem.

Selain itu saya juga akan menjual pelbagai benang kait import, set jarum krusye serta pelbagai hasil siap krusye pada harga berpatutan.  Lebih menarik lagi, pelanggan yang membuat pembelian minumum RM50 akan berpeluang membuat cabutan untuk peluang memenangi 10 hadiah menarik.  

Tapi yang paling menarik lagi ialah anda berpeluang melihat sendiri siapa orang di sebalik blog Walai Krusye ini ♥‿♥ Adakah saya ni seorang yang tinggi?  rendah?  kecil? besar? kurus?  montel?  comel?  kurang comel?  hehehe ... Jadi jumpa anda di sanaaaaaa ....


3R: Bekas Menyimpan Alat Tulis

Selamat Hari RABU!  Segmen 3R hari ini ialah idea menata rias bekas tin kosong menjadi bekas alat tulis yang cantik dan menarik dengan seni krusye ... cewah ♥‿♥

Tin bekas makanan kucing & sisa-sisa benang
Untuk projek 3R kali ini saya gunakan tin bekas makanan si putih kucing kesayangan saya dan sisa-sisa benang yang tinggal sejemput-sejemput ni untuk membuat sarung tin. 

Siap! bekas tempat simpan alat tulis
Simple saja, saya cuma gunakan single crochet 'V' stitch dan shell stitich sebagai edging.  Lepas tu bolehlah letak apa-apa hiasan untuk seri tambahan.  Sehingga berjumpa di lain entry ... Selamat mencuba ♥‿♥

17# Indonesian Rayon Yarn (Mix Color)


BRM 14:  5 2 available

BRM 05 - 5 2 available

INDONESIAN RAYON YARN (MIX COLOR)

Price: RM15.50/pc (Harga tidak termasuk kos penghantaran)

Fiber Content : 100% Cotton
Hook Size : 1.9mm - 3mm
Weight : 100 gram


 Email:  home.niaga@yahoo.com

16# Indonesian Cotton Yarn (Mix Color)


KB 56:  5Left

KB 26:  5 4 Left

KB 33:  5 4 Left

KB 53:  5 4 Left

INDONESIAN COTTON YARN (MIX COLOR)

Price: RM14.50/pc (Harga tidak termasuk kos penghantaran)

 Fiber Content : 100% Cotton
Hook Size : 1.9mm - 3mm
Weight : 100 gram


 Email:  home.niaga@yahoo.com

Benang Cotton Indonesia Sampai!

Wow weee ... excited betul bila terima bungkusan EMS dari Indonesia pada Sabtu.  Isi bungkusan?  Hahaha ... apa lagi benang la ♥‿♥  Ini pengalaman pertama saya membuat pembelian secara online daripada Indonesia selepas membuat research selama beberapa bulan ... cewah! mau beli benang pun kena buat research hehehe.  Best juga benang cotton Indonesia ni.  Seperti biasa, sebahagian untuk taukeh benang dan sebahagian lagi untuk dijual  ♥‿♥


 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket