Walai Krusye @ CNY Bazaar, Riverside Shopping Mall

Masih berada di bulan Januari dan agaknya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014.  Lama sungguh blog Walai Krusye terabai tanpa sebarang entri terbaharu ... sibuk yang sangat sibuk menyiapkan tempahan.  

Gerai Walai Krusye di CNY Bazaar
Hari ini baru berkesempatan untuk 'update' perkembangan terkini pada 2014.  Dalam kesibukan menyiapkan tempahan, sempat juga saya meluangkan masa untuk menyertai CNY Bazaar selama dua hari.

Antara barangan siap yang dipamerkan
Bazaar ini dianjurkan oleh The Bloom Bazaar (TBB) bertempat di Riverside Shopping Mall, Kuching pada 18 dan 19 Januari lepas.  Ini merupakan kali pertama saya menyertai flea market anjuran TBB.

Aksesori rambut
Hari tersebut tidak banyak barangan yang dapat dipamerkan berikutan ruangan yang terhad.  Sesak meja bersaiz 6 kaki x 2 kaki yang saya sewa.  Mau sewa dua meja, tidak mampu juga hehehe ... 

Antara koleksi benang yang dipamerkan
Selain barangan krusye, sebagai tambahan saya juga menjual produk makanan/minuman kesihatan Tyzo Buah Tunjuk Langit.  Sesi layan diri dengan benang dan jarum memang wajib ... dan masa yang terluang juga dimanfaatkan untuk menyiapkan tempahan pelanggan.

Sesi layan diri dengan benang & jarum

1# Dishcloth

Selamat hari Khamis ♥‿♥

Sebenarnya, mood hari ini kurang baik disebabkan kehabisan stok benang nona warna kuning, oren dan hijau untuk menyiapkan tempahan satu lagi fat bottom bag pelangi.  Mahu tidak mahu terpaksa tunggu sehingga Sabtu in baru dapat beli.

Jadi, dalam usaha mengubati perasaan stress yang bersarang di jiwa ... cewah ... saya pun mencuba-cuba belajar perkara baharu iaitu tunisian crochet daripada youtube.  Nampak mudah dan memang mudah difahami bagi yang sudah mahir dengan crochet. 

Ini merupakan cubaan pertama.  Saya gunakan benang cotton Indonesia dan tunisian hook saiz 5.5mm untuk menyiapkan sekeping dishcloth bersaiz 14cm x 13.5cm.  Lepas ni mau belajar tunsian crochet full stitch (mesh stitch) la pula.

Basic/simple tunisian crochet stitch

1# Keychain

Campur tolak campur tolak ... lebih sebulan sudah tidak meng'update' blog Walai Krusye.  Masih kekal dengan alasan sama iaitu "akhir-akhir ini saya agak sibuk menyiapkan pelbagai tempahan jadi itu sebab la blog ni terabai" ... cewah! ...

Owls keychain
Ini pertama kali saya menerima tempahan keychain.  Pelanggan minta saya buatkan keychain mengikut kreativiti saya sendiri ... yang penting menarik.  Bila pelanggan berikan kepercayaan seperti ini ... otak terus blurrrrr.  Syukurlah ada internet ... jadi boleh google-google untuk mendapatkan inspirasi.

Hearts keychain
Jika dibandingkan mengait beg dan keychain ... saya memilih beg.  Sebab mengait benda-benda kecil seperti ni memerlukan ketelitian dan tahap kesabaran yang tinggi.  Hasil siapnya comel tapi proses membuatnya agak leceh.  Ok la, setakat ini sahaja.  Di bawah saya kongsikan link untuk pattern.  Selamat mencuba.


Tempahan Dalam Bulan September

Hello ... baru hari ini berkesempatan meng'update blog dengan aktiviti terkini.  Akhir-akhir ini saya agak sibuk menyiapkan tempahan yang berderet-deret.  Gambar-gambar di bawah ni antara yang saya teringat mau ambil.  Ada yang tidak sempat mau ambil gambar disebabkan kekangan masa.

Mary Jane style - newborn size
Kasut bayi untuk newborn ini merupakan tempahan pelanggan yang pernah menempah crocodile stitch bag sebelum ini.  Booties ni khas untuk dihadiahkan kepada rakannya yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.  Warna adalah pilihan pelanggan sendiri.

Samsung Galaxy pouch
Smartphone pouch ni pula tempahan rakan en.hubby.  Warna pilihan adalah hitam ... huh! sangat mencabar juga mengait menggunakan benang hitam.  Ditambah lagi dengan kerja menjahit felt hitam sebagai lining ... lagi la mata rasa naik juling & berair hehehe.

Crocodile stitch bag & baby sets
Dua baby set beserta crocodile stitch bag ni pula tempahan isteri kazen hubby saya yang bakal melahirkan anak kedua pada Oktober ini. 

Ok la, setakat ini sahaja ... ada satu lagi tempahan smartphone pouch berwarna hitam yang perlu dijahit lining serta tiga lagi tempahan fat botom bag yang perlu disiapkan.  Sehingga bertemu pada entri akan datang ... salam kait mengait daripada saya.

1# Tutorial: Fat Bottom Bag

Di atas permintaan ramai, saya memberanikan diri untuk membuat tutorial fat bottom bag ... cewah ♥‿♥ Semoga kali ini saya berjaya menyampaikan dengan baik dan lebih baik daripada tutorial beg tali cotton yang pernah saya buat sebelum ini.  Hampir tiga hari juga diperlukan untuk menyempurnakan tutorial bergambar ini.

Diagram from google search
Saya percaya ramai yang bergantung sepenuhnya dengan diagram di atas.  Saya pun ikut diagram ni juga tapi saya ubah suai dengan menambahkan stitches bagi menghasilkan saiz beg yang lebih besar.  Ok lah, selamat mencuba tutorial super broken english saya ♥‿♥

Material:
2 rolls worsted weight acrylic yarn - Atlas (light green).
*or you can use double strands acrylic yarn.
Crochet hook size:   4.5mm - 5mm

Abbreviation:
Ch:  Chain
St:  Stitch
Sts:  Stitches
Hdc:  Half double crochet
V-st:  2 hdc in the same stitch.
Sc:  Single crochet
Sctg:  Single crochet tog
Hdctg:  2 hdc together in 1 st.


Body
Start with chain 33

Row 1 - 14
Row 1:
Hdc in the 3rd ch from the hook (count as 2 hdc).  Hdc in the next 9 sts.  V-st in the next st.  Hdc in the next 10 sts.  V-st in the next st.  Hdc in the next 10 sts.  Total 34 hdc.

Row 2:
Ch 2 (count as 1 hdc).  Hdc in the next 10 sts.  V-st in the next st.  Hdc in the next 10 sts.  V-st in the next st.  Hdc in the next 11 sts.  Total  36 hdc. 

Row 3:   Ch 2.  11 hdc.  V-st.  10 hdc.  V-st.  12 hdc.  Total  38 hdc.
Row 4:   Ch 2.  12 hdc.  V-st.  10 hdc.  V-st.  13 hdc.  Total  40 hdc.
Row 5:   Ch 2.  13 hdc.  V-st.  10 hdc.  V-st.  14 hdc.  Total  42 hdc.
Row 6:   Ch 2.  14 hdc.  V-st.  10 hdc.  V-st.  15 hdc.  Total  44 hdc.
Row 7:   Ch 2.  15 hdc.  V-st.  10 hdc.  V-st.  16 hdc.  Total  46 hdc.
Row 8:   Ch 2.  16 hdc.  V-st.  10 hdc.  V-st.  17 hdc.  Total  48 hdc.
Row 9:   Ch 2.  17 hdc.  V-st.  10 hdc.  V-st.  18 hdc.  Total  50 hdc.
Row 10:  Ch 2.  18 hdc.  V-st.  10 hdc.  V-st.  19 hdc.  Total  52 hdc.
Row 11:  Ch 2.  19 hdc.  V-st.  10 hdc.  V-st.  20 hdc.  Total  54 hdc.
Row 12:  Ch 2.  20 hdc.  V-st.  10 hdc.  V-st.  21 hdc.  Total  56 hdc.
Row 13:  Ch 2.  21 hdc.  V-st.  10 hdc.  V-st.  22 hdc.  Total  58 hdc.
Row 14:  Ch 2.  22 hdc.  V-st.  10 hdc.  V-st.  23 hdc.  Total  60 hdc.

Row 15 - 38
Row 15:
**Ch 2 (count as 1 hdc).  Hdc in the next 59 sts.  Total 60 hdc.

Row 16 - 38:
Repeat step ** until row 38.  Total 24 rows.

Row 39 - 52
Row 39:
Ch 2 (count as 1 hdc).  Hdc in the next 22 sts.  Hdctg ( 2 hdc together in 1 st).  Hdc in the next 10 sts.  Hdctg.  Hdc in the next 23 sts.  Total 58 hdc.

Row 40:  Ch 2.  21 hdc.  Hdctg.  10 hdc.  Hdctg.  22 hdc.  Total 56 hdc.
Row 41:  Ch 2.  20 hdc.  Hdctg.  10 hdc.  Hdctg.  21 hdc.  Total 54 hdc.
Row 42:  Ch 2.  19 hdc.  Hdctg.  10 hdc.  Hdctg.  20 hdc.  Total 52 hdc.
Row 43:  Ch 2.  18 hdc.  Hdctg.  10 hdc.  Hdctg.  19 hdc.  Total 50 hdc.
Row 44:  Ch 2.  17 hdc.  Hdctg.  10 hdc.  Hdctg.  18 hdc.  Total 48 hdc.
Row 45:  Ch 2.  16 hdc.  Hdctg.  10 hdc.  Hdctg.  17 hdc.  Total 46 hdc.
Row 46:  Ch 2.  15 hdc.  Hdctg.  10 hdc.  Hdctg.  16 hdc.  Total 44 hdc.
Row 47:  Ch 2.  14 hdc.  Hdctg.  10 hdc.  Hdctg.  15 hdc.  Total 42 hdc.
Row 48:  Ch 2.  13 hdc.  Hdctg.  10 hdc.  Hdctg.  14 hdc.  Total 40 hdc.
Row 49:  Ch 2.  12 hdc.  Hdctg.  10 hdc.  Hdctg.  13 hdc.  Total 38 hdc.
Row 50:  Ch 2.  11 hdc.  Hdctg.  10 hdc.  Hdctg.  12 hdc.  Total 36 hdc.
Row 51:  Ch 2.  10 hdc.  Hdctg.  10 hdc.  Hdctg.  11 hdc.  Total 34 hdc.
Row 52:  Ch 2.  9 hdc.  Hdctg.  10 hdc.  Hdctg.  10 hdc.  Total 32 hdc.

Body size about  46cm x 40cm

**Lined the body before start the handle**
Click this link for the lining tutorial:  http://crochetkel.blogspot.com/2006/10/sew-you-wanna-line-your-fat-bottom-bag.html

Lining


Handles
Repeat this steps on the other side.  Total 2 flaps.

Work the handle with sc until get your desire width.
Don't bother with counting the stitch, just go through
but remember to stitch sc tog as shown at the pic.
Step:
Ch 1.  Sc in the same st (count as 1 sc).  Sc in the next 17 sts.  Sctg (2 sc together in 1 st).  Work sc in the next 18 sts.  Chain 60 (handle).  Join handle with sc.  Continue with Sc in the next 17 sts.  Sctg.  Sc in the next 18 sts.  Chain 60 (handle).  Join handle with slip stitch.

**Untuk bahagian flaps dan handle tidak perlu terikat sangat dengan jumlah stitches pada tutorial ini**


Complete!
Siap!  Saya sumbatkan tuala supaya nampak lebih gemuk
Ini merupakan fat bottom bag versi biasa yang hanya banyak menggunakan stitch hdc dan sc.  Sementara fat bottom bag yang saya buat menggunakan dc cable stitch pada bahagian flaps.  Seterusnya, anda boleh menambah apa-apa aksesori untuk mencantikkan lagi fat bottom bag anda.  Selamat mencuba!

#Akan datang saya akan kongsikan tutorial satu lagi versi fat bottom bag.

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket