Shopping Butang

110 biji butang pelbagai warna
Hampir RM20.00 saya habiskan semata-mata untuk membeli butang pada Rabu lepas.  Rambang mata betul bila tengok pelbagai jenis butang comel dijual di kedai kraf, rasa mau beli saja semua tapi duit pula tidak mengizinkan ^_^

Butang kecil berbunga-bunga tu saja 25 sen sebiji dan untuk sedozen RM2.50, jadi saya beli lima dozen berlainan warna.  Sementara butang biasa tu harga RM1.00 sepeket berisi 10 biji, saya beli lima peket berlainan warna juga. Mesti cantik butang-butang ni digunakan untuk projek-projek krusye nanti ^_^

2 comments:

marinahunny said...[Reply to comment]

Saya pun gila butang jg.. Geram sgt tgk comel2 je :-)

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@marinahunny hahaha ... memang comel2. Banyak sangat projek krusye yang perlukan butang.

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket