Tempahan Baby Booties 13 Sentimeter Siap!

Siap!
Tempahan kedua baby boy booties saiz 13 sentimeter yang dibuat oleh en.Hamdan untuk baby beliau yang berusia lima bulan akhirnya siap.  Tempahan pertama saiz 4 inci tidak muat pada kaki baby jadi beliau buat tempahan saiz lebih besar.

Close up!
Kali ini, beliau dan isteri beliau request warna biru, hitam dan coklat gelap.  First time mengait menggunakan benang warna hitam memang pening-pening juga sebab terpaksa mengira berulang kali gara-gara selalu ter'miss.

Ready untuk diserahkan kepada customer
Selain itu, hendak mengait saiz 13 sentimeter pun agak mencabar juga sebab inilah first time ada customer request saiz kira-kira 5 inci, biasa dapat oder setakat saiz 4.5 inci saja.  Saiz 5 inci ni kira macam saiz pre-walking baby shoes pula, tapi rasanya kalau guna 8 ply yarn lebih sesuai untuk buat pre-walking baby shoes sebab lebih tebal.  Nanti lepas ni mau cuba mengait baby booties guna 8 ply yarn la pula ♥‿♥

6 comments:

Aku_tulip said...[Reply to comment]

linda.....warna hitam memang mencabar....mencabar mata saya juga....kena buat kt tpt terang² jer..

Linda tahniah..cantik sgt booties ni..tak ubah bentuk walaupun ukuran makin besar :)

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@Aku_tulip ya la, memang meletihkan mata mengait guna benang hitam.

marinahunny said...[Reply to comment]

kalu 8 ply yarn kena double la kan?

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@marinahunny ya la, boleh kasi double benang. Tapi hari tu saya ada nampak 8 ply yarn dikedai ... cantik sangat tapi harga pula RM26.00 hehehe ... batal niat sj la.

this is madness said...[Reply to comment]

haha ingat kita sorang yg pening kalau pakai benang hitam. tak nampak kan. mata plak skrg tgh blur. tak lama lagi kena buat spek mata rasanya ni

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@this is madness iyalah .. ada masa bila terlampau fokus sampai berair mata pula hehehe

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket