Hello semua, wah ... lama betul tidak update blog. Pergi mana? saya sebenarnya tidak pergi mana-mana pun tapi ada beberapa perkara yang mengaral dan melintang serta membataskan masa untuk meng'update perkembangan terkini. Tapi dalam tempoh tersebut sempat juga saya mencuri-curi masa menyiapkan beberapa projek krusye. Lebih menarik lagi, pada Khamis lepas saya menerima satu tempahan istimewa daripada seorang customer online yang request set bayi seperti gambar-gambar di bawah.
|
Google pix |
Sebenarnya pening juga kepala bila tengok gambar-gambar yang diemailkan oleh customer ni. Jadi saya inform dengan dia supaya beri saya masa untuk study terlebih dahulu semua pattern. Setakat ni saya berjaya mengait puppy hat dan diaper cover yang sama tapi tidak serupa seperti gambar di atas.
|
Google pix |
Sebentar tadi saya berjaya menyiapkan baby sneakers, semuanya dengan try and error ... biasalah kan ... usaha tangga kejayaan dan biarpun hasilnya tidak 100% serupa tapi sangat puas hati. Tinggal booties seperti gambar di bawah ni yang nampak susah.
|
Google pix |
Sukar sangat mau study pattern booties ni sebab menggunakan benang hitam. Kalau benang warna cerah digunakan mungkin ok sikit. Rasanya macam tidak terbuat saja ni ... mungkin saya akan suggest design booties sedia ada dengan dia. Nanti saya akan upload gambar-gambar baby set yang saya telah siapkan pada update akan datang ... sehingga berjumpa lagi ♥‿♥
0 comments:
Post a Comment