1# Shawl

Selamat berhujung minggu semua ♥‿♥ Hari ni saya mau share hasil usaha bertungkus-lumus hampir tiga minggu menyiapkan shawl seperti gambar di bawah.  Huh! lega rasanya bila berjaya menyiapkannya semalam.

Shawl pertama saya ♥‿♥
Kalau tiada CAL - South Bay Shawlette anjuran Yarn Lovers Malaysia (YLM) gerenti sampai bila-bila pun tidak akan pernah buat shawl sebesar ni.  Kira-kira empat buku lebih benang minlon spark nylon saya gunakan untuk menyiapkan shawl ni.  Gabungan warna simple saja iaitu warna hitam dan biru. 

Close up pix
Kalau siang shawl ni nampak biasa saja tapi kalau malam dengan cahaya lampu barulah nampak cantik sikit sebab benang ni berkilat-kilat.  Next week ada wedding invitation, so mungkin bolehlah saya bergaya dengan my first shawl ni ... cewah! Okay la setakat ini saja, sehingga berjumpa di lain entri ♥‿♥

0 comments:

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket