Krismas datang lagi!, kali ni saya hampir-hampir tidak dapat balik kampung gara-gara direct flight Kuching - Kota Kinabalu full. Nasib baik ada flight Kuching - Bintulu, Bintulu - Kota Kinabalu dan Kota Kinabalu - Sandakan untuk 23hb Disember.
|
Flight MH3904 Kuching - Bintulu jam 6.45 pagi |
Penerbangan agak meletihkan sebab terpaksa banyak menunggu. Tapi yang penting Beluran aku datang hehehehe ... jarum dan benang tetap dibawa bersama ^_^
|
Menyempatkan diri lagi untuk kait mengait |
Sempat juga saya mengait facial tissue holder untuk membuang rasa bosan dan mengantuk yang teramat sangat, maklumlah terpaksa bangun seawal 4.30 pagi untuk bersiap.
|
Lapangan Terbang Bintulu |
Sampai di Lapangan Terbang Bintulu pada sekitar jam 7.45 pagi dan terpaksa menunggu kira-kira sejam. Dari Bintulu - Kota Kinabalu saya menaiki penerbangan MH3324 yang bertolak pada jam 9.10 pagi dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 10.25 pagi. Sekarang ni sedang update blog sementara menanti flight Kota Kinabalu - Sandakan jam 11.30 pagi nanti.
2 comments:
Sis Jaw.. jarum kait tu tak kena tahan ke masa nak check in? :)
@MamaDaniel Masa naik flight hari tu x jg kena periksa & ditahan.
Post a Comment