1# Projek Kutu GS

Selamat hari Rabu!  apa projek terkini benang & jarum anda?  Saya sekarang ni sibuk sedikit menyiapkan tempahan fat bottom bag.  Dalam sibuk-sibuk pun sempat juga saya join group main Kutu GS di Facebook.  Mula-mula tidak faham juga apa maksud kutu gs ... rupa-rupanya main kutu granny square.  Konsepnya sama seperti main kutu dengan duit.

Projek kutu Granny Square
Bezanya, kutu gs ni tidak melibatkan sebarang transaksi kewangan tetapi menggunakan kepingan-kepingan granny square sebagai transaksi.  Setakat ini terdapat sepuluh orang dalam kumpulan yang saya sertai, setiap seorang perlu menyumbangkan 35 keping granny square mengikut pattern yang diberi kepada penerima.  Saya merupakan penerima granny square ke-lapan.

Saiz:  3.5 inci x 3.5 inci

Projek ni baru bermula beberapa hari lepas dan setiap kami perlu mengeposkan 35 keping granny square kepada penerima setiap 19 haribulan pada setiap bulan sehingga habis giliran.  Seronok juga menyertai permainan seperti ini, sekurang-kurangnya dapat memotivasikan diri.  Ok lah ... setakat ini sahaja.  Bertemu di lain entri untuk cerita-cerita krusye yang lain.

0 comments:

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket