Sambil mengait sambil menonton rancang-rancangan tv menarik sepanjang raya ... tup ... tup ... siap satu beg. Beg ni dipanggil "hobo bag". Kenapa dipanggil "hobo" ... mmmm ... saya pun kurang pasti.
Menggunakan benang Atlas warna kelabu |
Patternnya sangat mudah difahami dan beg ini hanya menggunakan sebuku benang atlas. Jarum pula saya gunakan saiz 5mm.
Menggunakan benang atlas warna kelabu |
Langkah seterusnya ialah memikirkan bagaimana hendak menjahit lining dan zip pada beg ini. Bab-bab menjahit lining dan zip la perkara yang selalu membuatkan saya stress, maklumlah tidak mahir sangat dalam soal-soal menjahit.
Saiz 20cm (tinggi) x 34cm (lebar) |
Ok la, setakat ini sahaja. Apabila selesai menjahit lining dan zip pada beg ini nanti, saya akan kongsikan di blog ini. Sebelum mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada semua.
Pattern: http://shortylamcrochet.blogspot.com/2006/11/nordstrom-hobo-bag.html. Selamat mencuba!
2 comments:
kalau dlm masa 4hari dpt siapkan baby blanket ni agak cepatlah tu..sy kagum dgn ketekunan puan Jawlinda mengait.cepat btul projek2 siap...satu hari masa diperuntukkan mengait brapa jam agaknya..ye?
@pauline bugup Stitch utk baby blanket ni mudah saja, itu sbb dpt siap dlm 4 hari.
Rasanya dlm sehari saya tumpukan 4 - 5 jam untuk mengait, tapi bergantung jg dgn tempahan. Kalau tiada tempahan, masa byk dihabiskan di hadapan laptop :)
Post a Comment