4# Amigurumi: Long Legs Skinny Bunny

Jari yang bengkak sudah sembuh sepenuhnya, jadi aktiviti mengait kembali seperti biasa tetapi tidaklah seligat dahulu.  Maklumlah, sekarang ni sudah ada baby.  Gambar di bawah ni merupakan  tempahan Long Legs Skinny Bunny yang sempat saya siapkan sebelum mengalami bengkak pada jari.  Ini merupakan tempahan rakan zaman kolej dahulu.  

Ada lagi satu tempahan bunny warna dark brown yang perlu disiapkan, tapi tempahan ni boleh hold dahulu sebab Gawai nanti baru diserahkan kepada tuan punya.  Ok lah, setakat ini sahaja yang saya sempat update ... baby pun sudah merengek-rengek minta perhatian hehehe


3# Amigurumi: Long Legs Skinny Bunny

Sejak ada baby ni, semangat mengait semakin kuat biarpun masa semakin terhad.  Macam-macam benda bermain-main di kepala untuk di 'transform'kan kepada benda krusye untuk si kecil saya.  Terkini, saya buatkan patung bunny ... pattern ikut syok sendiri tapi mendapat inspirasi daripada gambar-gambar crocheted bunny di google.

Tinggi kira-kira 60cm
Leceh juga buat amigurumi ni sebab ia menggunakan stitch single crochet (sc) ... hampir seminggu juga menyiapkan bunny yang saya beri nama "Long Legs Skinny Bunny".  Sengaja saya kait bunny ni kurus tinggi, supaya agak lembik dan sesuai untuk permainan bayi.

en. long legs skinny bunny pun sama tinggi dengan baby :)
Rasa bangga sendiri-sendiri juga bila berjaya menyiapkan amigurumi sebesar ni.  Huh! rasa hebat pula hehehehe (puji diri sendiri dulu) ... tapi terus terang ... mengait amigurumi ni memang sangat mencabar kesabaran dan ketekunan.  Ingat lepas siap kait en.bunny ni, mau cuti mengait selama seminggu ... tapi tidak sangka pula dapat respon dan tempahan selepas share gambar di FB.  So, setakat ini dulu la ... mau siapkan tempahan pelanggan dulu yer :)

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket