15# Baby Booties

Ini merupakan tempahan daripada seorang customer yang juga merupakan rakan kepada customer yang menempah 14# Baby Booties.  Katanya, dia tertarik selepas melihat kasut baby yang ditempah oleh rakannya dan dia mahu design yang sama tapi dengan warna pink peach.  

Saiz 12cm
Sweet sangat warna pink peach ni.  Saya pun baharu tau bahawa inilah warna pink peach selepas melihat gambar melalui mesej yang dihantar oleh customer menerusi FB page Walai Krusye.  Betul la, kadang nampak macam pink dan kadang nampak macam peach.  Warna berubah mengikut pencahayaan.
  

2# Walai Krusye @ Green Heights Mall Flea Market

Terpaksa pakai sweater tebal gara-gara tidak tahan sejuk
Hellooo ... Hi ... Hi ... Sorry, janji tidak ditepati pula.  Terlewat empat hari nampaknya update kedua cerita tentang pengalaman menyertai flea market bertempat di Green Heights Mall pada 6 & 7 Julai lepas.

Susunan barang pada hari kedua
Sambutan pada hari kedua sangat menggalakkan.  Tiga crocodile stitch bag seperti gambar di atas telah berjaya dijual.  Lebih mengujakan lagi apabila ramai yang menyatakan rasa kagum mereka terhadap keunikan seni jahitan krusye.  

Sempat menyiapkan sepasang kasut
Malah, ada di kalangan pengunjung yang menyatakan minat untuk belajar dan bertanyakan sekiranya saya ada mengadakan kelas krusye.  Hurmmm ... suatu idea yang sangat menarik.

Antara kasut bayi yang sempat disiapkan untuk flea market
Memandangkan cita-cita ingin menjadi cikgu sekolah tidak kesampaian, jadi rasanya jadi cikgu mengajar ilmu kait-mengait pun best juga.  Sekarang ni sedang mengatur jadual khusus untuk kelas krusye saya yang bakal diadakan di ruang tamu rumah ♥‿♥

Bah, sehingga bertemu lagi pada entri-entri akan datang.  Sebolehnya saya akan cuba meng'update blog ini sekerap mungkin mengenai perkembangan semasa puan Jawlinda Walai Krusye ♥‿♥

1# Walai Krusye @ Green Heights Mall Flea Market

Sebahagian koleksi benang untuk dijual
Pengalaman dua hari menyertai 'flea market' bertempat di Green Heights Mall, Jalan Lapangan Terbang, Kuching pada 6 & 7 Julai baru-baru ini suatu pengalaman yang sangat menyeronokkan.  

Antara barangan siap yang dipamerkan
Ini merupakan kali kedua saya menyertai aktiviti jualan secara offline seperti ini selepas TweetMarket pada 8 Disember 2012.

En. hubby turut membantu ♥‿♥
Perasaan gementar pada hari pertama tetap ada walaupun saya biasa membantu keluarga menguruskan perniagaan runcit di Beluran.

Posing sekejap ♥‿♥
Berbeza dengan perniagaan runcit, perniagaan yang saya jalankan memerlukan saya memiliki pengetahuan mengenai setiap jenis produk yang saya jual seperti benang.

Proses menyusun atur barangan
Syukur, semuanya berjalan lancar pada hari pertama dan saya mendapat banyak maklum balas positif daripada pengunjung.  Lebih menyeronokkan lagi apabila bertemu dengan pelanggan yang memiliki minat yang sama. 


Sedang sibuk menjahit lining granny square bag
Ok la, setakat ini sahaja untuk hari ini.  Esok saya akan kongsikan pula pengalaman hari kedua saya.  Salam kait mengait daripada saya.

14# Baby Booties

Selepas saya emailkan gambar 13# Baby Booties, pelanggan meminta kasut bayi tersebut diubahsuai sedikit dengan bunga yang sedikit kecil daripada yang asal dan ditambah dengan tali.  Saya rasa, kasut ni lebih comel daripada yang pertama ... wah ... puji diri sendiri pula  ♥‿♥ 


Ok la, sehingga bertemu pada entri yang lain pula.  Selamat hari Rabu dan salam kait-mengait daripada saya.

13# Baby Booties

Gambar kasut bayi di bawah ni merupakan tempahan seorang customer.  Agak lama juga tidak menerima tempahan mengait kasut bayi.  Syukur jari-jemari belum kekok dan sepasang kasut ni saya  berjaya siapkan dalam tempoh kira-kira empat jam (termasuk masa rehat dan makan tengahari).  

Saiz 4.5 inci
Dia mahu kasut berwarna hijau pekat dan mempunyai bunga warna cream yang besar. Kerja mengait senang sedikit sebab berdasarkan gambar contoh yang diemailkan kepada saya.  Cuma saiz bunga sahaja yang perlu diubah menjadi besar sedikit.

Pandangan sisi

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket