|
Sebahagian koleksi benang untuk dijual |
Pengalaman dua hari menyertai 'flea market' bertempat di Green Heights Mall, Jalan Lapangan Terbang, Kuching pada 6 & 7 Julai baru-baru ini suatu pengalaman yang sangat menyeronokkan.
|
Antara barangan siap yang dipamerkan |
|
En. hubby turut membantu ♥‿♥ |
Perasaan gementar pada hari pertama tetap ada walaupun saya biasa membantu keluarga menguruskan perniagaan runcit di Beluran.
|
Posing sekejap ♥‿♥ |
Berbeza dengan perniagaan runcit, perniagaan yang saya jalankan memerlukan saya memiliki pengetahuan mengenai setiap jenis produk yang saya jual seperti benang.
|
Proses menyusun atur barangan |
Syukur, semuanya berjalan lancar pada hari pertama dan saya mendapat banyak maklum balas positif daripada pengunjung. Lebih menyeronokkan lagi apabila bertemu dengan pelanggan yang memiliki minat yang sama.
|
Sedang sibuk menjahit lining granny square bag |
Ok la, setakat ini sahaja untuk hari ini. Esok saya akan kongsikan pula pengalaman hari kedua saya. Salam kait mengait daripada saya.
0 comments:
Post a Comment