6# Fat Bottom Bag

Helooo ... Hari ini tiada cerita menarik, cuma saya mau kongsikan fat bottom bag yang telah saya siapkan pada Selasa lepas.  Ini merupakan tempahan daripada rakan sekerja hubby saya.  

Menggunakan benang Feriye Ince (purple lavender)
Dia mau sama seperti dalam gambar dalam album FB Walai Krusye.  Nasib baiklah stok benang feriye ince warna purple lavender mencukupi.  Benang ni best dibuat beg tapi sayang benang ni macam tidak dikeluarkan lagi oleh Ice Yarns.  Pilihan warna-warna yang tinggal pun semakin terhad.

Lining
Ok lah, setakat ini sahaja untuk hari ini.  Sehingga bertemu pada entri akan datang.  Salam kait-mengait daripada saya ♥‿♥

#Berhajat mau buat tutorial fat bottom bag atas permintaan ramai tapi bila teringat tutorial beg tali cotton yang kurang menjadi ... rasa tidak yakin pula.

1# Hobo Bag

Sambil mengait sambil menonton rancang-rancangan tv menarik sepanjang raya ... tup ... tup ... siap satu beg.  Beg ni dipanggil "hobo bag".  Kenapa dipanggil "hobo" ... mmmm ... saya pun kurang pasti.

Menggunakan benang Atlas warna kelabu
Patternnya sangat mudah difahami dan beg ini hanya menggunakan sebuku benang atlas.  Jarum pula saya gunakan saiz 5mm.  

Menggunakan benang atlas warna kelabu
Langkah seterusnya ialah memikirkan bagaimana hendak menjahit lining dan zip pada beg ini.  Bab-bab menjahit lining dan zip la perkara yang selalu membuatkan saya stress, maklumlah tidak mahir sangat dalam soal-soal menjahit.

Saiz 20cm (tinggi) x 34cm (lebar)
Ok la, setakat ini sahaja.  Apabila selesai menjahit lining dan zip pada beg ini nanti, saya akan kongsikan di blog ini.  Sebelum mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada semua.


1# Blanket

Siap!  Projek krusye terkini - Block stitch baby blanket.  Projek mengait selimut bayi  yang cuma bersaiz 72cm (lebar) x 76cm (tinggi) ni mengambil masa kira-kira empat hari juga.  Lenguh jari-jemari tapi hasilnya sangat memuaskan.  

Baby Batik 29609
Suka sangat dengan kombinasi warna ceria benang baby batik ni.  Pattern, saya ambil daripada http://www.piece-by-piece.net/Crochet/block_stitch.htm.

Saiz:  72cm (lebar) x 76cm (tinggi)
Memandangkan saiz benang kecil, jadi saya mulakan dengan 157 chains menggunakan hook saiz 4.00mm.  Ini merupakan cubaan pertama saya mengait selimut bayi.  

Block stitch
#Angan-angan mau mengait selimut lebih besar tapi selimut sekecil ni pun rasa mau give up ♥‿♥

Plastic Handle Crochet Hook Set of 8


Available: 6 sets
PLASTIC HANDLE CROCHET HOOKS SET ( Set of 8 )

Harga: RM55/set (Tidak termasuk kos penghantaran)
Size: 2.5mm/3.0mm/3.5mm/4.0mm/4.5mm/5.0mm/5.5mm/6.0mm
Material: Plastic handle & Aluminum hook
Quantity: 8 pcs (8 different size)
Length: 5.5'' (14cm)
Color: Purple


email:  home.niaga@yahoo.com


Tunisian/Afgan Crochet Hook Set of 11


Out of stock
TUNISIAN/AFGAN CROCHET HOOKS SET (Set of 11)

Harga: RM72/set (Tidak termasuk kos penghantaran)
Size: 2.0mm /2.5mm/3.0mm/3.5mm/4.0mm/4.5mm/5.0mm/5.5mm/6.0mm/7.0mm/8.0mm
Material: Multicolour Aluminum
Length: 10.6'' (27cm)
Quantity: 11 pcs( 11 different size)
Color: Multicolor

email:  home.niaga@yahoo.com

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket