1# Baby Headband

Seorang customer FB saya request untuk dibuatkan baby headband sepadan dengan single strap deep pink/ivory baby booties khas untuk baby beliau yang berusia lapan bulan.  Saya ada inform yang saya akan cuba buat headband tersebut biarpun tidak pernah buat sebelum ni.

Frothy flower headband 17.5 inci
Dalam dua hari ni saya google di internet untuk mencari pattern yang betul-betul sesuai dan saya terjumpa satu pattern baby headband di blog My Merry Messy Life.  Simple tapi yang menarik perhatian saya ialah headband ni menggunakan butang jadi kerisauan jika tidak muat atau longgar tu kurang sikit la.  

Berbutang di belakang
Butang saya jahitkan pada bahagian paling hujung sekali.  Nanti saya akan jahitkan extra butang bagi memudahkan customer mendapat saiz yang diingini.  Panjang headband ni kira-kira 17 inci, merujuk kepada saiz yang disarankan untuk baby berusia 6 - 12 bulan. Hiasan bunga pula saya gunakan frothy flower sebab saiznya besar sedikit dan sesuai sangat untuk headband ni.  

4 comments:

MamaDaniel said...[Reply to comment]

Terima kasih sebab share link tutorial tu.. memang menarik dan boleh dicuba ni.. (walaupun saya takde anak dara lagi.. hehehe)

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@MamaDaniel hehehe ... senang difahami tutorial mengait headband ni. bunga tu saja saya ubah.

Dalila Yusof said...[Reply to comment]

Cutenya..

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@Dalila Yusof Terima kasih :)

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket