Cubaan Ke-2 Tutorial Beg Tali Cotton

Saya sangat-sangat tidak berpuas hati dengan mutu persembahan tutorial beg tali cotton yang saya buat sebelum ni.  Rasanya kalau ada exam gerenti dapat 'F' hehehe .... bila baca semula tutorial tu, alamak memang teruk dan macam saya sendiri saja yang boleh faham.

Diagram asas tapak beg
Setakat asas membuat tapak beg mungkin ramai yang boleh faham tapi langkah seterusnya rasanya agak mengelirukan.  Jadi saya cuba ulang semula tutorial dengan bantuan lebih gambar.  Harap tutorial kali ni menjadilah ... susah juga buat tutorial ni kan ... kan ...

single crochet
Langkah 1:  Selepas siap mengait tapak beg.  Mulakan dengan chain 1 dan teruskan dengan sc sehingga habis satu pusingan kemudian diakhiri dengan sl st.

half double corchet 'V' stitch
Langkah 2 - 6:  Chain 2 dan hdc pada lubang yang sama untuk membentuk 'V' stitch.  Selepas itu langkau satu dan buat hdc 'V' stitch ... langkau satu ... hdc 'V' stitch ... ulang langkah sama sehinga habis pusingan dan diakhiri dengan kemasan sl st.  Ulang sehingga 5 tingkat tetapi selang-selikan hdc 'V' stitch seperti gambar di bawah.

Ulangi langkah sehingga mendapat saiz diingini
Langkah 7:  Chain 1 dan teruskan dengan sc sehingga habis satu pusingan kemudian diakhiri dengan sl st.  Langkah 8:  Chain 2 kemudian diikuti dengan hdc dan seperti biasa akhiri dengan sl st.  Langkah 9:  Ulangi langkah 7 ♥‿♥

Badan beg
Langkah 10:  Ulangi langkah 2 - 9 atau sehingga mendapat saiz yang diingini seperti gambar di atas.  Untuk badan beg ni sebenarnya boleh diubah suai mengikut jenis kaitan mengikut cita rasa sendiri.

Tali beg
Langkah membuat tali beg lebih simple cuma gunakan sc sehingga mendapat saiz yang diingini.  Untuk beg bersaiz 31cm (panjang) x 27cm (tinggi) x 6cm (lebar) ni, saya gunakan kiraan jarak 13 sc dari setiap hujung beg.  Panjang tali mengikut citarasa sendiri, saya gunakan 55 chains .  Sila rujuk gambar.

Panjang tali beg mengikut citarasa sendiri
Ulangi langkah sama untuk membuat tali beg pada bahagian sebelah beg.  Langkah seterusnya cuma buatkan sc sebanyak 3 tingkat/pusingan atau sehingga mendapat saiz tali yang diingini. Saya fikir inilah cara membuat tali beg yang paling ringkas, mudah & cepat ... paling penting tiada sesi putus-putus tali.

Siap!
Akhir sekali anda akan mendapat beg seperti yang saya buat ni ♥‿♥ untuk lebih menarik cuma hiaskan dengan bunga.  Untuk beg ni saya gunakan frothy flower.  Saya fikir tutorial kedua yang saya buat ni lebih mudah difahami berbanding yang pertama, mungkin boleh dapat C+ ni hehehe ... ok la untuk semua Selamat mencuba!

13 comments:

Fiszah_pjo said...[Reply to comment]

cantik2...rasa cam mudah je bila baca tutorial ni..nanti balik rumah nk singah kedai beli cord ni la..hehe..beli je cepat..nk buat ntah bile.hehe

this is madness said...[Reply to comment]

terima kasih!!!!! nanti saya nak try buat, tp nak cari benang yg sesuai la, tengkiu soo muchhh

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@fiszah_pjo Thanks ... lega bila tutorial ni mudah difahami :)

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@this is madness sama-sama ... tutorial ni lebih ok dari yang pertama. yg pertama tu teruk sangat hehehe

marinahunny said...[Reply to comment]

yg ni lg clear, td pegi kedai jual tali2 pancing ni, sy tnya tali cotton siap tnjuk gmbr lg, budak kedai tu x pnh tgk pun hahaha, yg wrna hijau ada tp tali pukat biasa pastu tali2 lain yg mcm2 wrna tp bukan jenis mcm cotton cord la sbb keras. Rs mcm ssh je nk cari, kat tmpt awak ada lg x tali tu,, nk kirim beli blh x? Teringin nk buat utk pkai sndiri sbb limited edition kan hahaha

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@marinahunnywah, lega bila tutorial ni lebih mudah difahami :)

ya la, tali cotton ni pun saya beli dari kedai peralatan memancing yg klasik, rasanya barang2 dlm kedai dia tu stok lama2. tempat lain saya x jumpa.
tokeh tu cakap tali tu tiada dijual lagi.

kak zila dr blog sufiku pun dah beli 3 gulung. saya beli tali tu segulung RM4.40. saya jual RM7.00 segulung. untuk duit minyak pegi balik pejabat pos jer hehehe ...

sekarang saya tiada stok. Esok saya pegi bandar, saya cuba tengok kalau masih ada stok di kedai tu lagi.

marinahunny said...[Reply to comment]

ok xpe lah kalu rm7 pun, masih ok lagi. satu beg brp gulung tali? saya nk utk 2 biji beg, kalu ada lah ye :)

marinahunny said...[Reply to comment]

tq in advance :)

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@marinahunny satu beg ni saya guna 4 gulung tidak termasuk bunga.

tapi tali2 ni kotor, kena cuci juga. maklumlah stok yg ntah tahun bila tokeh tu jual hehehe ... rendam semalaman & cuci perlahan saja.

marinahunny said...[Reply to comment]

oh 1 beg 4 ketul, ingt 2 ketul. kalu ada banyak boleh lah ye tolong belikan 8 ketul utk saya. kalu tak ada xpe lah. 4 ketul pun buleh tp mungkin dh out of stock kut sbb brg lama, tokey kedai pun xleh nak restock kan.

tp harap2 ada lah :) hehehe

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@marinahunny ok. rasanya masih ada sbb stok tu pun sudah bertahun lamanya hehehe...tokeh tu inform yg tali tu sudah tidak dikeluarkan oleh kilang di china lg, ntah betul ke tidak.

amani said...[Reply to comment]

cantiknya, simple dan kemas,
teringin nak buat juga satu hari nanti:-)
tq for the tutorial

Unknown said...[Reply to comment]

Boleh ajar tak cara nak jahit beg nye saye nak test buat tapi tak menjadi.. pm pls

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket