Nampaknya ramai yang suka tengok
beg tali cotton yang saya buat dan ada juga yang request saya buat tutorial ... cewah ... jadi hari ini memberanikan diri untuk membuat tutorial dan harap-harap dapat difahamilah oleh semua rakan-rakan krusye
♥‿♥
|
Tapak beg |
Gambar di atas ni merupakan tapak untuk beg yang saya adaptasi daripada
pattern tapak baby booties yang pernah share di blog sebelum ni. Pattern tersebut menggunakan
hdc dan
dc, tapi untuk tapak beg tali cotton ni saya gunakan semuanya
dc.
|
Diagram tapak beg |
Sini saya sertakan gambarajah dan harap korang-korang fahamlah diagram yang saya lukis di atas ni hehehe ... (ni lukisan orang yang tidak pandai melukis) saya gunakan 45 chains dan hasilnya seperti gambar pertama.
|
Badan beg |
Untuk bahagian badan beg, selepas tapak.
Round 1: gunakan single crochet (sc)
|| Round 2 - 6: V stitch atau 2 half double crochet (hdc) dalam satu lubang jarak satu dan ulang V stitch jarak satu ... ulang langkah yang sama ||
Round 7: single crochet ||
Round 8: half double crochet ||
Round 9: single crochet. Sila ulang langkah 1 - 9 sehingga mendapat saiz yang diingini.
|
Close up pix |
Wah ... susah juga mau buat tutorial ni. Banyak yang saya tidak pandai terangkan tapi rasanya kalau korang close up gambar di atas ni mungkin dapat faham. Sebenarnya boleh juga gunakan kaitan cara lain tapi untuk saya inilah yang paling ringkas, cepat dan mudah
♥‿♥
|
Membuat tali beg |
Untuk membuat bahagian tali, buat single crochet sebanyak 13 kali dari hujung beg, kemudian buatkan chains mengikut panjang yang diingini. Selepas itu, cantumkan pada lubang ke-13 terakhir menggunakan single crochet teruskan dengan single crochet. Ulang langkah sama pada bahagian sebelah beg. Langkah seterusnya gunakan single crochet sebanyak 3 round atau sehingga mendapat saiz yang diinginkan.
**Rasanya macam failed saja tutorial saya ni :( saya sendiri kurang pasti sama ada korang dapat faham ataupun tidak. Tapi asas mengait tapak beg tu yang paling penting, bahagian badan dan tali beg tu boleh buat ikut kreativiti sendiri. Ok lah, apa-apa pun selamat mencuba!
11 comments:
tq tq tq, raanya mcm fhm, tapak yg penting kan, badan tu rasanya faham, gilir2 sc dan hdc. Teima kasih bnyk2, nk pi cari tali ni lah. Oh ye hook saiz brp ye? Raanya kalu guna benang biasa pun boleh kan, tp lbh cantik kalu guna benang pancing ni heehehe. Nt nk bgtau wina la :-)
lining jahit pakai mesin ek?
@marinahunny wah, lega bila ada jg yg faham dgn tutorial yg x cukup sifat ni hehehe.
Saya guna hook size 6.00mm. Lining tu jahit tangan sj, org sabah cakap jahitan tapuk :) jahitan sembunyi lebih kurang macam tu la.
@marinahunny oh ya ... guna benang biasa pun boleh tapi lama siap la sbb lambat besar tapi kalau guna double yarn mungkin ok.
betul jugak kan, tp lagi menarik kalu guna cotton cord ni.. nt sy try saya tunjuk ye, tp mau cari tali ni dulu hehehe
Linda.....tima kasih ya....tapak tu saya paham...sebab saya buat krusye guna diagram.....
bahagian badan beg tu guna teknik star stitch ya....♥
@marinahunny hahaha ... wah x sabar nak cari tali cotton jg. saya pun mau cuba buat beg guna benang jg la, rasanya lebih cantik sebab boleh gabung banyak warna kan.
@Aku_tulip hehehe ... nasib baik diagram saya boleh difahami. saya guna v stitch tapi selang seli setiap pusingan/tingkat.
Tq sbb sudi kongsi toturial beg...
@ummi hannaluqman Hehehe ... tutorial x seberapa ni. Harap dpt difahami :)
Ada diagram kah sis. Tlg pos kat sini? Tw.
Post a Comment