|
Beg tali cotton pertama untuk diri sendiri ♥‿♥ |
Tali cotton yang tidak sama warna pada
beg tali cotton pertama hari tu saya sudah tukarkan dengan tali yang sama warna. Ini pula sesi penjemuran kedua selepas sesi cucian pertama menunjukkan bahawa memang tali tersebut tidak sama warna. Wah ... nampak putih bersih di bawah sinaran matahari! tapi warna sebenarnya adalah kekuning-kuningan cuma pencahayaan terlalu kuat membuatkan warnanya kelihatan seperti putih.
|
Cuci tali untuk projek beg tali seterusnya |
Macam yang saya cerita sebelum ni, warna tali-tali ni nampak kotor, jadi saya pun dapat idea untuk merendam terlebih dahulu tali-tali cotton ni semalaman sebelum digunakan untuk projek seterusnya. Dan hasilnya nyata ada kekotoran yang melekat
♥‿♥
|
Lebih bersih dan lembut selepas cucian |
Selepas cucian, tali cotton ni kelihatan lebih bersih dan lembut. Proses pengeringan pun lebih cepat berbanding selepas menjadi beg. Sekarang ni dalam proses mengait beg tali cotton kedua untuk dijual di page
FB Walai Krusye kononnya ... cewah ... semangat betul
♥‿♥
|
Perbezaan selepas rendaman & cucian |
4 comments:
alaaa...awak..sy pon jadi semangat nak pegi kedai jual alat mancing la...hahaha
waa.. cantik beg tu!! lama tak nak kait?
tali ni keras tak?
@MamaDaniel Thanks :) Beg siap 2 hari saja sbb tali cotton tu besar. Mungkin kalau tiada kerja lain dlm sehari pun siap.
Tali ni tak keras sgt la kalau guna kaitan yg simple2 mcm saya buat.
@this is madness hahaha ... best jg mengait guna tali cotton ni, cepat siap sbb kaitan dia besar2.
Post a Comment