Kopiah Kait

Yay! hujung minggu sudah tiba.  Encik suami ada di rumah tolong tengok-tengokkan si bos keci.  Jadi, peluang untuk saya meng'update blog.  Saya perasan ramai crocheter yang sibuk dengan tempahan kopiah berikutan hari raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.  

Saya pun terkena juga tempias rezeki mengait kopiah ni. Tapi, memandangkan masa mengait agak terhad, saya cuma menawarkan empat corak kopiah sahaja.  Customer yang minta buatkan kopiah mengikut gambar atau corak yang diberi terpaksa saya tolak sebab bukan mudah untuk mengait corak kopiah yang kita tidak biasa kan ... bimbang tidak terbuat nanti.

Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan bolehlah email ke walaikrusye@gmail.com atau PM facebook page Walai Krusye atau boleh whatsapp 0198329064.





HELLO buat semua pencinta seni krusye

Lamanya tidak update blog Walai Krusye, entri terakhir pun pada 16 Mac 2015 ... hari ni sudah 12 Mei 2016.  Memang hebat!  Mau menulis semula pun rasa agak kekok pula.  

Sebenarnya, saya masih lagi aktif mengait walaupun tidak update blog dalam tempoh yang begitu lama.  Cuma, masa tidak mengizinkan.  Bukan blog sahaja yang saya tidak update, FB Walai Krusye pun jarang-jarang kena update.

Masa untuk melayan jarum kait dan benang pun agak terhad.  Malah, tempahan yang diterima juga saya hadkan kepada yang mudah dan cepat disiapkan.    Dalam tempoh tersebut, boleh dikatakan segala masa dan tenaga hanya tertumpu kepada anak yang semakin membesar.  

Sekarang ini, hero kecil saya sudah mencecah usia setahun lapan bulan ... sudah mula sibuk bermain sendiri.  Jadi, rasanya sudah tiba masanya untuk saya kembali menulis blog ... kembali berkongsi hobi ... kembali berkongsi ilmu ... kembali berkongsi pengalaman ... dan macam-macam lagi la.

Ok la, setakat ini sahaja, jumpa lagi pada entri yang akan datang.

1# Granny Square Bumper Pads

Granny square bumper pads yang berjaya menceriakan suasana bilik
Usia Skyler sudah hampir lima bulan lebih dan dengan keupayaannya bergolek-golek membuatkan saya memikirkan perlu untuk memasang bumper pads pada katilnya.  Mula-mula mau beli saja ... tapi bila tengok harga ... opppssss ... tidak mampu pula.

Himpunan kutu GS yang diterima
Menjahit malas juga ... akhirnya terfikir pula mau transformkan kepingan-kepingan projek kutu granny square dua tahun lepas menjadi bumper pads.  Asalnya, semua granny square ni saya ingin jadikan bed spread tapi niat tersebut selalu tertangguh ... tapi bila tiba part untuk anak ... wow memang semangat habis-habisan hehehe.  Kepingan-kepingan tersebut saya cantumkan menggunakan benang nona warna merah hati.

Span nipis bersaiz 40" x 60"
Bahagian dalam pula, saya sumbat sahaja span nipis yang saya lipat menjadi tebal.  Terfikir juga mau sumbat kapas polyester tetapi tidak sesuai sebab stitch granny square yang digunakan tidak rapat bimbang bulu-bulu kapas terkeluar bila dibasuh kelak.  

Bah, setakat ini sajalah entri untuk kali ini.  Semoga entri ini memberi inspirasi kepada ibu-ibu yang minat mengait di luar sana.

4# Amigurumi: Long Legs Skinny Bunny

Jari yang bengkak sudah sembuh sepenuhnya, jadi aktiviti mengait kembali seperti biasa tetapi tidaklah seligat dahulu.  Maklumlah, sekarang ni sudah ada baby.  Gambar di bawah ni merupakan  tempahan Long Legs Skinny Bunny yang sempat saya siapkan sebelum mengalami bengkak pada jari.  Ini merupakan tempahan rakan zaman kolej dahulu.  

Ada lagi satu tempahan bunny warna dark brown yang perlu disiapkan, tapi tempahan ni boleh hold dahulu sebab Gawai nanti baru diserahkan kepada tuan punya.  Ok lah, setakat ini sahaja yang saya sempat update ... baby pun sudah merengek-rengek minta perhatian hehehe


Cuti mengait: Jari bengkak

Huwaaa!!! jari bengkak
Sudah seminggu jari telunjuk tangan kanan bengkak gara-gara kuku tepi pecah.  Mau buat kerja-kerja rumah yang lain pun payah.  Doktor sudah bagi antibiotik tapi sudah tiga hari makan, bengkak belum juga surut :(

Saya ni memang ada masalah kuku pecah ditepi yang kadang-kadang menyebabkan jari bengkak tapi tidak pernahlah bengkak seteruk ni.  Nasib baik tempahan Februari tinggal satu yang belum disiapkan.  Nampaknya terpaksa hold dulu la daripada menerima sebarang tempahan sehingga jari benar-benar sembuh.

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket