Hari ni saya cuba sedaya upaya meluangkan masa menyiapkan beberapa projek terbengkalai dan berharap dapat menyiapkan semuanya dalam minggu ni sekiranya tiada sebarang tempahan diterima. Beg di bawah ni merupakan salah satu daripada tiga projek beg krusye yang terbengkalai sejak Mei lepas. Dua daripadanya merupakan tempahan adik saya sendiri ... hehehe ...
♥‿♥
|
29.5 cm (Lebar) x 29 cm (Tinggi) |
Beg ini, saya gunakan benang bulky
Minlon Kool dan dikait menggunakan hook saiz 6mm. Sementara untuk hiasan, saya tampalkan sahaja bunga daripda
9# Friday Flowers. Tinggal dua lagi beg krusye yang perlu disiapkan ... chayo ... chayo ...
5 comments:
guna double yarn ke?
cantiknya!! besar juga benang ni ye..guna jarum 6mm....
@saye pika Thanks :)
@marinahunny Tidak. Ni saya guna bulky yarn ... saiz macam rug yarn, tapi ni tidak kasar sangat.
@lia memang besar & projek pun cepat siap :) ni benang minlon kool.
Post a Comment