2# Projek Mengait Koleksi #21

20 peratus siap
Dalam tempoh dua hari ini, projek mengait pineapple runner Koleksi #21 saya cuma sebesar ni sahaja.  Dianggarkan kira-kira 20 peratus siap la kononnya. Benang polyester yang saya gunakan ni halus dan lebih kurang saiz benang minlon family, hook pula saya gunakan brand tulip no.1 saiz 1.60mm. 

Menurut mama saya, zaman dia dulu-dulu cuma ada benang jenis ni sahaja.  Bestnya zaman kita sekarang kan, ada benang kait warna-warni sampai mata pun silau.  Tapi untuk alas meja saya lebih gemar menggunakan benang polyester ataupun benang cotton brand anchor sebab hasilnya yang nampak klasik dan vintage.

**Nampaknya projek ni kena hold sementara sebab saya kena siapkan tempahan  membuat dua tissue cover.   Sebenarnya, saya ni belum ada pengalaman lagi membuat tissue cover, tapi kena usaha juga dan nasib baiklah terjumpa satu blog ni yang share free pattern.  Hasilnya nanti saya kongsikan ♥‿♥

4 comments:

Aku_tulip said...[Reply to comment]

Linda.....rajin betul buat table runner guna benang halus.....
♥ tengah tunggu hasil tisu cover :)

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@Aku_tulip Mood mengait table runner ni yg tiba2 dtg pla :)

Tissue cover dah hampir siap, lewat petang saya update.

Aiza said...[Reply to comment]

saya tak pernah berjaya mengait pattern pineapple ni lg..apalah silapnye.. dh mls nak cuba.. tp tgk org buat, rs nk cuba wat jugak.. tp takut kecewa lg... hmmm byk lak tapi nya, kan..

Jaw @ MyGamanBorNeo said...[Reply to comment]

@Aiza memang macam tu, ada part2 yang kita susah sgt mau buat. macam saya, paling stress bila mengait doily ... tapi kalau kait table runner menjadi pula :)

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket