Lagi cerita mengenai beg buaya. Sebenarnya ini merupakan tempahan daripada seorang customer pada Jun lepas. Saiz beg ni sederhana saja iaitu kira-kira 35cm (panjang) x 22cm tinggi. Dalam beg ni saya sumbat kain supaya nampak comel dan bulat sama seperti dalam gambar pattern yang saya beli di http://www.etsy.com/shop/natyo2010.
Menggunakan benang Feriye Ince, Ice yarns. |
Sementara, gambar dibawah ini pula merupakan tiga lagi crocodile stitch bag yang saya jual ketika di "Weekend Flea Market" pada 6 & 7 Julai lepas bertempat di Green Heights Mall, Jalan Lapangan Terbang, Kuching.
Tiga crocodile stitch bag tersebut berjaya terjual |
Seronok mengait crocodile stitch bag ni biarpun agak rumit. Tapi serumit-rumit mengait stitch tersebut, rumit lagi proses menjahit lining pada beg ni. Walau bagaimanapun, segalah keletihan tersebut terbayar apabila mendapat respon yang positif daripada pelanggan ♥‿♥
Ok la, sehingga bertemu pada entri yang lain pula. Kepada yang beragama Islam, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa.
0 comments:
Post a Comment