Tempahan Dari Kelantan

Tempahan set single strap deep pink/ivory baby booties dan baby headband yang ditempah oleh customer FB saya ni sebenarnya sudah diposkan semalam.  Tidak sangka pula dapat tempahan jauh dari Kelantan, selama ini cuma dapat tempahan dari sekitar Sabah dan Sarawak sahaja.

Sudah dipos semalam pun ♥‿♥
Customer ni request dibuatkan baby headband sepadan dengan single strap deep pink/ivory baby booties khas untuk baby beliau yang berusia lapan bulan.  Semoga customer suka la dengan set kasut baby dan headband yang saya buat ni ♥‿♥.

Headband & baby booties


Tali Cotton Out Of Stock

Saya baharu sahaja balik dari misi mencari tali cotton yang marinahunny dan fiszah minta tolong belikan, tapi sayangnya semua tali cotton sudah habis dibeli oleh orang lain.  Sempat lagi saya tanya dengan taukeh tu siapa yang beli? lelaki atau perempuan? (hehehe .... kalau perempuan gerenti dia pun mengait beg) tapi taukeh tu cakap orang lelaki.  Nampaknya cuma kak zila saja la yang berpeluang mengait beg tali cotton. 
 
Sempat juga saya meronda-ronda beberapa buah kedai alat memancing dan hardware dari India Street hinggalah ke Padungan semata-mata mencari kedai yang ada menjual tali yang sama tapi semuanya tiada, malah ada yang tidak pernah tengok tali tu.  Macam betul pula apa yang taukeh tu cakap, tali jenis ni memang tidak dikeluarkan lagi.

Tadi saya google-google ada juga terjumpa pengeluar tali cotton ni di http://www.alibaba.com/ tapi semuanya di China.  Satu lagi saya jumpa dijual di e-bay dan terdapat pelbagai warna cuma harga agak mahal.  Saiz tali cotton yang dijual ialah 1mm dan harga RM3.40 untuk 5 meter. Sementara, tali cotton yang saya beli tu saiz 2mm dan panjang satu gulung kira-kira 75 meter dengan berat kira-kira 100 gram.  Satu beg saya gunakan 4 gulung tali cotton bersamaan kira-kira 300 meter. 
 

1# Baby Headband

Seorang customer FB saya request untuk dibuatkan baby headband sepadan dengan single strap deep pink/ivory baby booties khas untuk baby beliau yang berusia lapan bulan.  Saya ada inform yang saya akan cuba buat headband tersebut biarpun tidak pernah buat sebelum ni.

Frothy flower headband 17.5 inci
Dalam dua hari ni saya google di internet untuk mencari pattern yang betul-betul sesuai dan saya terjumpa satu pattern baby headband di blog My Merry Messy Life.  Simple tapi yang menarik perhatian saya ialah headband ni menggunakan butang jadi kerisauan jika tidak muat atau longgar tu kurang sikit la.  

Berbutang di belakang
Butang saya jahitkan pada bahagian paling hujung sekali.  Nanti saya akan jahitkan extra butang bagi memudahkan customer mendapat saiz yang diingini.  Panjang headband ni kira-kira 17 inci, merujuk kepada saiz yang disarankan untuk baby berusia 6 - 12 bulan. Hiasan bunga pula saya gunakan frothy flower sebab saiznya besar sedikit dan sesuai sangat untuk headband ni.  

2# Cotton Cord Crochet Bag

Ini satu lagi beg tali cotton yang saya siapkan pada Rabu lepas semasa menanti proses pengeringan tali cotton yang telah saya warnakan tu kering.  Masih menggunakan corak dan motif yang sama seperti beg tali cotton sebelum ni, tapi yang ni saya buat lebih pendek ... kira ala-ala handbag gitu ♥‿♥

Saiz: 31cm (panjang) x 20.5cm (tinggi) x 6cm (lebar)
Saya gunakan tali cotton yang nampak seperti tali buruk (macam kotor) tu tanpa dicuci, cuma saya tepuk-tepuk dan pukul-pukulkan pada pagar rumah bagi menghilangkan debu-debu kotoran.  Warnanya lebih menarik berbanding tali yang sudah dicuci.  Inilah orang kata, don't jugde a book from its cover ... cewah!
Cotton Cord Crochet Bag
Tidak sangka juga ada rakan-rakan blogger yang tertarik dengan tali cotton ni, baru-baru ni kak zila dari blog sufiku ada beli 3 gulung tali ni dari saya.  Marinahunny pula mau 8 gulung ... itu pun kalau masih ada stok katanya.  Last hari tu saya beli, masih ada tinggal baki kira-kira 10 gulung dekat kedai taukeh tu ... harap masih ada dijual la.

**Hari ni tidak dapat turun bandar sebab hubby ada program dinner malam nanti jadi esok sajalah pegi kedai tu ... lagi best ada driver dan tidak perlu pening-pening cari parking ♥‿♥

8# Friday Flowers: Swirls

Tidak terbentuk dengan cantik
Huh! stress betul membentuk swirls ni, cara mengaitnya senang tapi bila mau membentuknya menjadi bunga yang payah.  Saya dapat tutorial pattern ni dari Zoom Yummy.  Saya pernah tengok juga swirls ni di blog My Crochet World.  Saya pula sudah macam-macam teknik sudah digunakan untuk membentuk tapi tidak juga terbentuk secantik yang marinahunny buat.  Swirl yang saya buat ni nampak macam cup cake pula.  Huh ... give up la buat bunga ni :(

Idea Mewarnakan Tali Cotton

Semalam, sementara menanti customer online dari mudah.my yang ingin membeli sepasang single strap baby booties deep pink/ivory saiz 4 inci, saya singgah di kedai biasa tempat saya selalu membeli benang.  Kali ini saya membeli pewarna fabrik.

Serbuk pewarna fabrik
Sebenarnya saya bercadang untuk mewarnakan tali cotton, mungkin lebih cantik dijadikan beg jika tali tu diwarnakan.  Mula-mula cari warna brown tapi tiada jadi cuba warna coffee saja la.  Harga pewarna fabrik dalam bekas besar sedikit dari duit syiling 50 sen ni RM6.90 ... huh! mahal juga.

Proses mewarnakan tali
Kerja-kerja mewarna tali cotton ni tidaklah sesukar mana.  Saya ikut saja instruction yang diberikan tapi tidaklah 100%.  Untuk membancuh pewarna fabrik ni memerlukan air yang telah dididihkan.  Mula-mula saya masukan serbuk pewarna ke dalam baldi berisi 1/4 baldi air mendidih.  Masukkan juga 1 sudu makan garam.  Gaul sehingga rata ... cewah ... macam sesi masak-masak pula ni ♥‿♥

Warna agak gelap ketika masih basah
Kemudian saya masukan tali cotton yang sudah saya rendam dan bleech semalaman ke dalam baldi berisi pewarna fabrik.  Tujuan rendaman menggunakan peluntur ni untuk menghilangkan lilin, warna asal dan kotoran supaya pewarna fabrik dapat menyerap dengan lebih sekata.  Gaulkan adunan tali cotton sehingga warna menyerap sepenuhnya.  Proses ni saya buat selama kira-kira hampir setengah jam juga la.

Warna selepas kering
Lepas tu bilas tali menggunakan teknik mencelur mee ataupun sayur hehehe ... jangan diperah.  Bilas sehingga air kelihatan bersih daripada kotoran pewarna fabrik.  Lepas tu dijemur di tempat redup dan pastikan jangan diperah.  Malangnya, petang semalam hujan lebat la pula ... jadi hari ni proses menjemur disambung semula.  Warna tali cotton yang kering (belum kering sangat) seperti gambar di atas.  Huh ... tidak sabar mulakan projek beg baharu ♥‿♥

Cubaan Ke-2 Tutorial Beg Tali Cotton

Saya sangat-sangat tidak berpuas hati dengan mutu persembahan tutorial beg tali cotton yang saya buat sebelum ni.  Rasanya kalau ada exam gerenti dapat 'F' hehehe .... bila baca semula tutorial tu, alamak memang teruk dan macam saya sendiri saja yang boleh faham.

Diagram asas tapak beg
Setakat asas membuat tapak beg mungkin ramai yang boleh faham tapi langkah seterusnya rasanya agak mengelirukan.  Jadi saya cuba ulang semula tutorial dengan bantuan lebih gambar.  Harap tutorial kali ni menjadilah ... susah juga buat tutorial ni kan ... kan ...

single crochet
Langkah 1:  Selepas siap mengait tapak beg.  Mulakan dengan chain 1 dan teruskan dengan sc sehingga habis satu pusingan kemudian diakhiri dengan sl st.

half double corchet 'V' stitch
Langkah 2 - 6:  Chain 2 dan hdc pada lubang yang sama untuk membentuk 'V' stitch.  Selepas itu langkau satu dan buat hdc 'V' stitch ... langkau satu ... hdc 'V' stitch ... ulang langkah sama sehinga habis pusingan dan diakhiri dengan kemasan sl st.  Ulang sehingga 5 tingkat tetapi selang-selikan hdc 'V' stitch seperti gambar di bawah.

Ulangi langkah sehingga mendapat saiz diingini
Langkah 7:  Chain 1 dan teruskan dengan sc sehingga habis satu pusingan kemudian diakhiri dengan sl st.  Langkah 8:  Chain 2 kemudian diikuti dengan hdc dan seperti biasa akhiri dengan sl st.  Langkah 9:  Ulangi langkah 7 ♥‿♥

Badan beg
Langkah 10:  Ulangi langkah 2 - 9 atau sehingga mendapat saiz yang diingini seperti gambar di atas.  Untuk badan beg ni sebenarnya boleh diubah suai mengikut jenis kaitan mengikut cita rasa sendiri.

Tali beg
Langkah membuat tali beg lebih simple cuma gunakan sc sehingga mendapat saiz yang diingini.  Untuk beg bersaiz 31cm (panjang) x 27cm (tinggi) x 6cm (lebar) ni, saya gunakan kiraan jarak 13 sc dari setiap hujung beg.  Panjang tali mengikut citarasa sendiri, saya gunakan 55 chains .  Sila rujuk gambar.

Panjang tali beg mengikut citarasa sendiri
Ulangi langkah sama untuk membuat tali beg pada bahagian sebelah beg.  Langkah seterusnya cuma buatkan sc sebanyak 3 tingkat/pusingan atau sehingga mendapat saiz tali yang diingini. Saya fikir inilah cara membuat tali beg yang paling ringkas, mudah & cepat ... paling penting tiada sesi putus-putus tali.

Siap!
Akhir sekali anda akan mendapat beg seperti yang saya buat ni ♥‿♥ untuk lebih menarik cuma hiaskan dengan bunga.  Untuk beg ni saya gunakan frothy flower.  Saya fikir tutorial kedua yang saya buat ni lebih mudah difahami berbanding yang pertama, mungkin boleh dapat C+ ni hehehe ... ok la untuk semua Selamat mencuba!

Tutorial Beg Tali Cotton ♥‿♥

Nampaknya ramai yang suka tengok beg tali cotton yang saya buat dan ada juga yang request saya buat tutorial ... cewah ... jadi hari ini memberanikan diri untuk membuat tutorial dan harap-harap dapat difahamilah oleh semua rakan-rakan krusye ♥‿♥

Tapak beg
Gambar di atas ni merupakan tapak untuk beg yang saya adaptasi daripada pattern tapak baby booties yang pernah share di blog sebelum ni.  Pattern tersebut menggunakan hdc dan dc, tapi untuk tapak beg tali cotton ni saya gunakan semuanya dc.

Diagram tapak beg
Sini saya sertakan gambarajah dan harap korang-korang fahamlah diagram yang saya lukis di atas ni hehehe ... (ni lukisan orang yang tidak pandai melukis) saya gunakan 45 chains dan hasilnya seperti gambar pertama.

Badan beg
Untuk bahagian badan beg, selepas tapak.  Round 1:  gunakan single crochet (sc) || Round 2 - 6: V stitch atau 2 half double crochet (hdc) dalam satu lubang jarak satu dan ulang V stitch jarak satu ... ulang langkah yang sama || Round 7: single crochet || Round 8: half double crochet || Round 9: single crochet.  Sila ulang langkah 1 - 9 sehingga mendapat saiz yang diingini.  

Close up pix
Wah ... susah juga mau buat tutorial ni. Banyak yang saya tidak pandai terangkan tapi rasanya kalau korang close up gambar di atas ni mungkin dapat faham.  Sebenarnya boleh juga gunakan kaitan cara lain tapi untuk saya inilah yang paling ringkas, cepat dan mudah ♥‿♥

Membuat tali beg
Untuk membuat bahagian tali, buat single crochet sebanyak 13 kali dari hujung beg, kemudian buatkan chains mengikut panjang yang diingini.  Selepas itu, cantumkan pada lubang ke-13 terakhir menggunakan single crochet teruskan dengan single crochet.  Ulang langkah sama pada bahagian sebelah beg.  Langkah seterusnya gunakan single crochet sebanyak 3 round atau sehingga mendapat saiz yang diinginkan.

**Rasanya macam failed saja tutorial saya ni  :( saya sendiri kurang pasti sama ada korang dapat faham ataupun tidak.  Tapi asas mengait tapak beg tu yang paling penting, bahagian badan dan tali beg tu boleh buat ikut kreativiti sendiri.  Ok lah, apa-apa pun selamat mencuba!


1# Cotton Cord Crochet bag

Beg Tali Cotton
Beg tali cotton yang kedua siap! yang pertama tu untuk pakai sendiri.  Hasil yang kedua ni lebih kemas berbanding yang pertama ... maklumlah yang pertama tu macam kira sesi percubaan yang menjadi la kiranya ♥‿♥

Saiz: 31cm (panjang) x 27cm (tinggi) x 6cm (lebar)
Sebenarnya, kedua-dua gambar ni merupakan beg yang sama cuma pencahayaan yang membuatkan warna beg ni kelihatan berbeza.  Gambar pertama tu saya ambil di bilik mini perpustakaan saya, sementara gambar kedua ni saya ambil membelakangi cahaya matahari dari luar tingkap.

Lining
Beg ni saya siapkan dalam sehari saja, tapi sesi menjahit lining yang mengambil masa agak lama. Beg ni simple saja, sekadar sesuai dibawa berjalan santai-santai di luar.

Sesi Cuci-Cuci & Jemur-Jemur Beg Krusye

Beg tali cotton pertama untuk diri sendiri ♥‿♥
Tali cotton yang tidak sama warna pada beg tali cotton pertama hari tu saya sudah tukarkan dengan tali yang sama warna.  Ini pula sesi penjemuran kedua selepas sesi cucian pertama menunjukkan bahawa memang tali tersebut tidak sama warna.  Wah ... nampak putih bersih di bawah sinaran matahari! tapi warna sebenarnya adalah kekuning-kuningan cuma pencahayaan terlalu kuat membuatkan warnanya kelihatan seperti putih.

Cuci tali untuk projek beg tali seterusnya
Macam yang saya cerita sebelum ni, warna tali-tali ni nampak kotor, jadi saya pun dapat idea untuk merendam terlebih dahulu tali-tali cotton ni semalaman sebelum digunakan untuk projek seterusnya.   Dan hasilnya nyata ada kekotoran yang melekat ♥‿♥

Lebih bersih dan lembut selepas cucian
Selepas cucian, tali cotton ni kelihatan lebih bersih dan lembut.  Proses pengeringan pun lebih cepat berbanding selepas menjadi beg.  Sekarang ni dalam proses mengait beg tali cotton kedua untuk dijual di page FB Walai Krusye kononnya ... cewah ... semangat betul ♥‿♥

Perbezaan selepas rendaman & cucian

Borong Tali Cotton Untuk Krusye

♥‿♥ Demi projek beg tali cotton saya yang siap tapi warna tali tidak sama, petang tadi saya sanggup driving jauh-jauh turun ke India Street, Kuching semata-mata untuk membeli tali cotton yang mempunyai warna sama dengan tali sebelum ini.

Warna sedikit berbeza
Taukeh tu inform tali ni jenis waxed cotton cord yang digunakan membuat jala tapi sudah bertahun-tahun lamanya tidak laku dijual berikutan permintaan lebih kepada tali nylon.  Taukeh tu cakap lagi, sekarang ni tali jenis ni sukar dicari (memang betul, sudah pusing satu Kuching cari tali ni di kedai peralatan memancing dan hardware tapi tidak jumpa).

Close up pix
Dia cakap lagi, ini tali sudah tidak dibuat lagi (ntah betul ke tidak) ... apa lagi saya terus borong sampai 10.  Satu ikat berharga RM4.40 dan tengok baki tinggal 10 lagi, kalau ada duit lebih memang beli habis hehehe ... Warna tali ni memang nampak warna kotor masa masih dalam ikatan, tapi bila sudah dikait menjadi beg ianya bertukar menjadi warna yang cantik pula.

Untuk meleraikannya dari ikatan pun satu kerja remeh.  Tali perlu direntang jadi lebih mudah dilerai dan tidak akan kusut.  Mula-mula tu memang tali kusut masai gara-gara tidak dilerai terlebih dahulu. 

Beg Tali Cotton Siap!

Beg tali cotton (cotton cord) saya sudah siap yeah! saya menggunakan empat ikat tali untuk menyiapkan beg ni (tidak termasuk bunga krusye).  Sebelum ni saya cuma membeli tiga ikat, jadi petang tadi terpaksalah turun ke India Street, Kuching semata-mata untuk membeli beberapa ikat lagi tali cotton ni.  Maklumlah tidak sabar untuk menyiapkannya ♥‿♥

Warna tali tidak sama la pula
Tapi bila siap, baru perasan warna tali tidak sama pula hehehehe ... tali yang dibeli petang tadi berwarna agak kuning kecoklatan sementara tali yang pertama saya beli berwarna kuning-kuning air.  Sekarang ni beg dalam proses rendaman dalam air sabun ... mungkin warna benang tersebut kotor.  Esok pagi, kalau warna tidak berubah maknanya kena pergi ke kedai tersebut juga sebab tali ni tidak dijual di kedai peralatan memancing berdekatan.

Frothy flower
Untuk hiasan, saya gunakan frothy flower dan proses mengait bunga ni menggunakan tali cotton yang agak keras ni sangat-sangatlah rumit dan mencabar .  Rasanya hampir sejam juga saya menyiapkan bunga ni sebab banyak kali berhenti merehatkan tangan.

Close up pix
Untuk beg ni saya buat ikut pandai sendiri saja tanpa merujuk mana-mata pattern.  Mengait beg menggunakan tali cotton ni memang cepat siap sebab saiz tali yang besar.  Saya banyak gunakan half double crochet dan sebahagiannya double crochet dan juga single crochet

7# Friday Flowers: Multi-Layered Flower

Pattern Multi-layered flower ni saya dapat dari Annete Petavy Design yang terjumpa secara tidak sengaja masa google-google cari pattern bunga krusye khas untuk aktiviti mengait bunga pada setiap Jumaat ♥‿♥

Multi-layered flower
Mula-mula tengok gambar, nampak macam susah tapi bila tengok gambar tutorial dan cuba ikut perlahan-lahan ... rupa-rupanya tidak la susah sangat.

Saiz sebesar tapak tangan
Saiz bunga ni agak besar dan terlalu besar dan entahlah sesuai dijadikan apa ... mungkin ngam dijadikan hiasan pada beg krusye agaknya.

Bila Tali Nampak Macam Benang Kait

Saya kurang pasti sama ada mata saya ni bermasalah ataupun kecintaan terhadap seni krusye yang membuatkan mata saya melihat tali pun boleh dikait seperti benang ♥‿♥ kelmarin tadi ketika limpas sebuah kedai peralatan memancing tiba-tiba mata saya tertarik dengan tali berwarna kuning air di bahagian hadapan kedai tersebut.

Tali cotton
Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya pada ketika itu ialah "macam ok saja tali ni untuk dijadikan salah satu projek krusye".  Tidak perlu fikir panjang-panjang saya terus membeli tiga ikat.  Panjang tali ni saya kurang pasti pula sebab tiada maklumat disertakan.

Close up pix
Fungsi sebenar tali ni pun saya tidak tahu, tapi taukeh kedai tu cakap tali cotton ni kuat dan tahan lama.  Sebelum ni saya pernah juga membeli tali nylon yang biasa digunakan untuk membuat jala tapi tali jenis nylon ni licin dan sukar untuk dikait sebab selalu tergelincir dari hook.

Guna hook saiz 6/0
Sementara tali cotton ni biarpun sedikit keras tapi lebih mudah dikait berbanding tali nylon.  Pada saya, tali cotton ni sesuai sangat-sangat jika dijadikan beg.  Saiz hook yang saya gunakan pula ialah 6.0mm.  Jadi projek saya seterusnya ialah mengait beg tali cotton, harap-harap tidak jadi projek gajah putih la ♥‿♥

9# Baby Booties

Yeah siap! Single Strap Flower Baby Booties ni projek baby booties saya yang TERKINI! Cewah ... berbunga-bunga gitu  ♥‿♥ sebenarnya mau buat dalam tiga warna tapi belum dapat decide lagi warna ketiga.  Kalau tengok benang-benang yang ada depan mata rasa semua hendak digunakan.  Bagi saya yang pemalas mengait bunga keci-keci ni, kira ini satu kejayaan la konon hehehe ♥‿♥

Dark Magenta / Ivory

Deep Pink / Ivory

Shopping Butang Kayu

Selain gila membeli benang, kini saya juga gila membeli butang-butang kraf.  Pantang nampak butang gerenti dengan tidak sengaja 'terbeli' biarpun koleksi butang-butang di rumah masih berlambak ♥‿♥ 

Boys - 27mm, Girls - 28mm
Ini first time saya membeli jenis butang kayu.  Semuanya comel-comel belaka dan harga pun agak 'comel' juga.  Butang boys & girls di atas ni saya beli pada harga 70 sen sebiji.

18mm
Butang kayu yang ada tulisan 'love you' ni pula berharga 30 sen sebiji.  Saya beli harga RM6.00 untuk menambah koleksi butang-butang yang sedia ada.

17mm
Butang kayu yang ni pun harga 30 sen sebiji dan saya beli harga RM6.00 juga.  Kalau diikutkan, saya lebih suka butang dua lubang berbanding empat lubang.  Butang dua lubang ni lebih mudah dijahit.  Tapi biasanya butang dua lubang agak terhad dan harga lebih mahal berbanding butang empat lubang.

Shopping Benang Lina, Ondori & Nona

Saya terjumpa brand benang Lina dan Ondori di sebuah kedai alat tulis di Tabuan Jaya, Kuching ketika jalan-jalan cari makan pagi tadi.  Rupa-rupanya di bahagian belakang kedai ini ada seksyen menjual aksesori kraftangan tetapi tidaklah menawarkan pilihan yang banyak.

Benang Lina
 Bila hantu benang menyampuk, tujuan asal membeli kotak hadiah telah bertukar kepada membeli benang pula.  Tambah-tambah lagi harga benang Lina dan Ondori ni hanya RM2.00 segulung, lebih murah berbanding benang Nona.

Benang Ondori
Sayangnya pilihan warna sangat-sangatlah terhad dan saya cuma membeli lima gulung benang Lina dan lima gulung benang Ondori.  Dari segi tekstur, benang Lina ni agak halus, lembut dan berkilat berbanding benang Ondori dan Nona.  Sementara benang Ondori pula lebih kurang seperti benang Nona cuma benang Ondori sedikit lembut.  Saya cuma membeli segulung untuk setiap warna.  

Benang Nona
Empat pek benang Nona ni pula saya beli di kedai tempat saya selalu shopping benang.  Harga segulung RM2.80 dan kalau beli banyak dapatlah diskaun sedikit.  Rupa-rupanya benang Nona ni buatan tempatan, kilangnya terletak di Jalan Kancil, Off Jalan Pudu, Kuala Lumpur.  Wah ... gerenti harga benang Nona ni jauh lebih murah di Semenanjung Malaysia.  Benang Lina dan Ondori ni pula tiada maklumat pengilang dicetak.

**Sampai rumah baru teringat, saya telah terLUPA membeli kotak hadiah hehehe ...

1# Baby Hat

Pandangan sisi
Finally, setelah bertungkus-lumus seharian akhirnya berjaya juga saya menyiapkan baby hat ni.  Pattern topi bayi ni saya dapat dari blog Knotty Knotty Crochet.  Macam biasa kalau blog-blog luar negara ni memang guna pattern bertulis fuhhh ...

Pandangan hadapan
Memandangkan ini first time saya mengait topi bayi, jadi saya cuma gunakan satu warna sahaja sebab takut tidak menjadi, kan sayang pula benang diputus-putus ♥‿♥

Lebar kira-kira 7 inci & tinggi 4.3 inci
Sebenarnya, saya belajar mengait topi bayi ni pun gara-gara ada kawan yang request.  Tapi topi warna cyan yang saya buat ni ngam untuk baby boy ... anak kawan saya tu pula baby girl.  Malam ni rasanya mau mengait warna pink untuk baby girl kawan saya tu pula ♥‿♥

 
Walai Krusye © 2008. Design by Pocket